• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kementerian Beri 100 Kiosk Baharu untuk JPJ Tahun Ini

Kementerian Beri 100 Kiosk Baharu untuk JPJ Tahun Ini

April 1, 2022 By Han Othman Leave a Comment

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) akan menambah 100 unit kiosk baharu di semua cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seluruh negara menjelang penghujung tahun ini.

Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, Kementerian juga akan menempatkan kios sama di beberapa kawasan strategik, termasuk pejabat Kerajaan di kementerian tertentu, stesen LRT dan MRT sekitar Lembah Klang.

BACA >>> JPJ Promosi Drama Skuad JPJ, Netizen Tanya Ada Adegan Dikejar Tonto Tak?

Bagi pejabat bergerak pula, MOT menyediakan 20 unit van JPJ diubah suai unruk urusan di lapangan yang dapat digunakan petugas seluruh negara. Ka Siong berkata;

Dengan ada kemudahan dan bajet tambahan berkenaan, saya yakin dan percaya hasrat jabatan mencapai sasaran kutipan hasil RM4.12 bilion bagi 2022 mampu dicapai."

Menurutnya lagi, bagi memperkasakan khidmat JPJ kepada masyarakat, MOT turut melancarkan sistem elektronik (e-Testing) ujian lesen memandu automatik yang bertujuan meningkatkan lagi integriti dan kebolehpercayaan masyarakat terhadap sistem ujian lesen memandu.

e-Testing ialah inisiatif Kerajaan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan JPJ menerusi peningkatan keberkesanan sistem ujian memandu kepada calon.

Pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (tiada campur tangan manusia) dan keputusan Ujian Memandu akan dijana secara masa nyata.

“Pihak Kementerian juga mewujudkan sistem e-aduan@JPJ yang berperanan sebagai salah satu jabatan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan, pengurusan aduan yang efisien adalah antara aspek perlu diutamakan,” kata Ka Siong lagi.

BACA >>> Pemilik EV, Kenderaan OKU Tidak Perlu Bayar Cukai Jalan Hingga 2025
BACA >>> JPJ NS Sasar Kumpul RM1.3j untuk Siri Nombor Plat NDU

SUMBER: Bernama

Related

206
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Wee Ka Siong, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Kementerian Pengangkutan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev