KILANG pemasangan tempatan Porsche di Malaysia dirasmikan Raja Muda Kedah di Kulim, Kedah, semalam.
Kerjasama Sime Darby Berhad dan Porsche AG dalam pembukaan fasiliti di Kulim itu menjadikan Malaysia sebagai negara pertama luar Eropah yang memasang kenderaan Porsche.
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin bertitah, pembukaan kilang pemasangan Porsche itu membuktikan antara kejayaan Kedah menarik pelaburan asing dalam bidang automotif sejak beberapa dekad lalu.
Baginda bertitah;
Bermula dengan industri pemasangan motosikal di Gurun, Kedah terus berkembang dengan menjadi lokasi pilihan untuk jenama besar seperti BMW, Kia, Mazda dan beberapa jenama lain mewujudkan pemasangan tempatan untuk produk automotif masing-masing.
"Potensi dan kebolehan rakyat Kedah sememangnya sudah dibentuk dan diperkembangkan serta kini dikenali pemain industri automotif, baik dekat atau jauh."
Justeru, baginda yakin ekonomi negara dapat dikukuhkan lagi yang mana masyarakat tempatan mendapat lebih banyak peluang perkerjaan dan peniagaan hasil pembukaan kilang tersebut.
Baginda turut dimaklumkan kilang baharu Porsche akan dikendalikan sepenuhnya anak tempatan, sekali gus membuktikan Kedah antara penyumbang utama negara dalam menyediakan peluang dan melonjakkan produktiviti negara.
Majlis perasmian kilang itu turut disertai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi. Difahamkan pemasangan di kilang itu juga akan menjalani standard sama seperti dilaksanakan Porsche di fasiliti pemasangan dengan rakan niaga di Eropah.
BACA>>> Exclusive Manufaktur: Program Khas untuk Pelanggan Porsche Reka Sendiri Kereta Idaman
BACA>>> Kereta Sport Elektrik, Porsche Taycan (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM725k
Leave a Reply