• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Aston Martin Virage, Virage Volante - Model Langka 5.3L, 6.3L dengan DNA Lumba!

Aston Martin Virage, Virage Volante - Model Langka 5.3L, 6.3L dengan DNA Lumba!

April 17, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ASTON Martin ialah syarikat automotif dari Britain yang mengeluarkan kereta prestasi mewah dan sudah bertapak lama sejak 1913.

Dalam sejarah panjang, Aston Martin pada 1989 memperkenalkan model istimewa dan niche, iaitu Martin Virage dan Virage Volante dengan enjin 6.3L diubah suai.

BACA >>> Kembali Semula ke Trek, Jentera Aston Martin F1 Team Ini Sangat Cantik!
BACA >>> Aston Martin Dedah Model Edisi Khas 007 Edition 'No Time to Die'

Kerja pengubahsuaian itu ditawarkan Customer Service Division yang dikenali Aston Martin Works dan kini mempunyai fasiliti dan khidmat baik pulih model klasik serta pengedar kenderaan baharu.

Program pengubahsuaian Virage ditawarkan pada 1992 yang mempunyai hubungan rapat dalam dunia perlumbaan. Berikut adalah sejarah dan ciri Aston Martin Virage 6.3:

Dari Litar ke Jalanan

  • Pada 1989, Aston Martin kembali ke arena lumba kereta sport selepas 25 tahun tidak berlumba.
  • Aston Martin menggunakan jentera AMR1 Group C dan bersaing dalam perlumbaan Kejuaraan Prototaip Sukan Dunia (World Sports Prototype Championship, WSPC) 1989.
  • Sesaran enjin aloi V8 5.3L dibesarkan kepada 6.0L dan dipertingkat kepada 6.3L.
  • Memandangkan enjin 6.3L sudah ada, jadi memang munasabah model tersebut ditawarkan kepada pengguna.
Rekabentuk dan Gaya

  • Dimensi panjang 4,737mm, dan lebar hampir 2,000mm, serta berat 1,969kg.
  • Lebar gerbang roda ditambah menggunakan panel aluminium buatan tangan.

  • Skirt sisi dan lip belakang lebih besar, ambilan udara depan lebih dalam dan spoiler.
  • Pilihan aksesori ialah pemain cakera mini, penerima televisyen kecil dan monitor video untuk penumpang belakang.
Enjin Besar, Kuasa Tinggi!

  • Model Virage Coupe standard dibekalkan enjin 5,340cc V8 dengan kuasa 330hp @ 5,300rpm dan 474.5Nm @ 4,000rpm.
  • Enjin sesaran baharu 6,347cc lebih brutal dengan kuasa setinggi 500bhp @ 6,000rpm, dan tork 650.7Nm @ 5,800rpm. Tork 542Nm boleh digunakan dari serendah 2,500 rpm!
  • Menggunakan piston lumba khas buatan Cosworth, aci engkol baharu, kepala silinder diubah suai dan inlet aci sesondol (camshaft) baharu.
  • Injektor bahan api berturutan Weber/Alpha yang diubah suai.
  • Sistem pengurusan enjin dengan pemetaan baharu.
  • Ekzos bermangkin khas.
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 5.1 saat dan 11.5 saat untuk 0-160kmj.
  • Kelajuan maksimum 280kmj.
Suspensi dan Brek
  • Suspensi depan jenis wishbone/gegelung dan tiub belakang de Dion dengan lengan jenis radius dan sambungan Watt.
  • Galas rod end (rose joints) rekaan baharu dengan kekenyalan spring dipertingkat, damper khas, palang antiolengh depan lebih besar dan pemasangan palang antioleng belakang.
  • Perubahan geometri suspensi dan cagakan rak stereng dipertingkat.
  • Kaliper brek lumba 4-silinder.
  • Cakera brek sisipan udara, berliang dan bergores (ventilated and cross-drilled) daripada model lumba AMR1 Group C dan dilengkapi Sistem Brek Anti Kunci (ABS) 4-saluran.
  • Cakera depan 14 inci, terbesar di dunia untuk kereta pengeluaran masa itu.
  • Rim aloi lima rongga OZ saiz 10.5 x 18 inci dengan tayar 285/45 ZR Goodyear Eagle.

Dari segi jumlah, 60 unit Virage dan Virage Volante 6.3 sudah diubah suai, tetapi jumlah tepat tidak dapat disahkan. Apa yang jelas, harga Aston Martin Virage (1992) standard dijual pada harga £140,000 (RM774,420) tidak termasuk pelbagai pilihan lain.

Kos pengubahsuaian bernilai £60,000 (331,890)!

BACA >>> Simulator Lumba Aston Martin AMR-C01 Ini Dikeluarkan 150 Unit Sahaja, Harga RM306k!
BACA >>> SUV Mewah Prestasi Tinggi Aston Martin DBX Berlabuh di Malaysia, Harga RM818k

Related

188
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Aston Martin, Aston Martin Virage, Aston Martin Virage 5.3, Aston Martin Virage 6.3, Aston Martin Virage Volante, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my