• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Veloz (2021) Dapat Rating 5 Bintang dalam Ujian Asean NCAP

Toyota Veloz (2021) Dapat Rating 5 Bintang dalam Ujian Asean NCAP

March 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

967
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PROGRAM Penilaian Kenderaan Baharu untuk Negara Asia Tenggara (Asean NCAP) membuka tirai 2022 dengan ujian penilaian model terbaharu Toyota Veloz. Kenderaan pelbagai guna (MPV) 7-kerusi itu berjaya mendapat penarafan lima bintang.

Veloz ialah produk pertama Toyota yang diuji mengikut protokol 2021-2025 dengan mencatatkan jumlah terkumpul 79.99 mata.  Ada empat kategori penilaian dibuat mengikut protokol tersebut. Berikut skor mengikut kategori penilaian:

BACA >>> Spesifikasi Toyota Avanza (2021), Veloz Bocor Selepas Debut Mitsubishi Xpander

  • Perlindungan Pengguna Dewasa (AOP): 34.88 mata

  • Perlindungan Pengguna Kanak-Kanak (COP): 17.17 mata

  • Bantuan Keselamatan (SAT): 16.03 mata

  • Keselamatan Pengguna Motosikal (MS): 11.92 mata
PERINCIAN SKOR 4 KATEGORI

Veloz hadir dengan pakej keselamatan seperti berikut:

  • 6 beg udara sebagai ciri standard untuk semua varian di semua negara, kecuali Indonesia (ada varian2 beg udara.
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) sebagai ciri standard.
  • Sistem Amaran Tali Keledar (SBR) untuk penumpang depan dan belakang.
  • Pelindungan Pejalan Kaki

BACA >>> Pakar: Standard Sistem Keselamatan Kenderaan Negara Ketinggalan Zaman

Ciri Bantuan Teknologi Keselamatan Lain (Standard dan Tambahan):
  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB) Bandar
  • AEB Antara-Bandar
  • Pengesan Titik Buta (BSD) dipasang pada sisi pemandu dan penumpang sebelah
  • Amaran Pelanggaran Depan (FCW)*
  • Amaran Keluar Lorong (LDW)*
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)*

* Ciri tambahan untuk semua varian Toyota Veloz

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia  (MIROS) yang juga Setiausaha Agung dan Pemangku Pengerusi ASEAN NCAP, Datuk Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata;

Kami kini dalam tahun kedua pelaksanaan penilaian protokol Asean NCAP 2021-2025. Walaupun ada beberapa jenama dinilai sejak tahun lalu, kami sedar pengeluar melakukan persiapan pembangunan kenderaan masing-masing mengikut protokol Asean NCAP.

“Pembangunan akan mengambil masa untuk memastikan item keselamatan ditetapkan mengikut protokol ditetapkan. Saya yakin usaha mereka memberi manfaat kepada pengguna jalan raya di Asean.

“MPV adalah antara kenderaan popular di Asean. Lebihan tempat duduk menawarkan keselesaan kepada pengguna jalan raya disebabkan mampu membawa lebih ramai individu dalam perjalanan.

“Ini disebabkan keluarga di Asean lazimnya lebih daripada isi rumah purata, termasuk tambahan ahli keluarga seperti datuk dan nenek. Malah kami berbangga mendapati Toyota sudah melengkapkan MPV dengan teknologi keselamatan dan kami mendapati ia perlu untuk keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain.”

BACA >>> CEO Perodua: Alza Generasi Baharu Masuk Pasaran Tahun Ini!
BACA >>> Toyota Paling Laris Dunia 2021, Jual Lebih 10.4j Unit, Kekal Atasi Volkswagen Group
BACA >>> Kajian: 9/10 Pemandu UK Akui Lampu Utama Kereta Moden Terlampau Terang

Related

967
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN NCAP, Auto Terkini, Datuk Dr. Khairil Anwar Abu Kassim, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Roda4, Toyota Veloz, Ujian Perlanggaran Asean NCAP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
    #PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev