• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Rara Terima Bayaran Lima Angka Sepanjang GP Mandalika 2022

#TahukahAnda: Rara Terima Bayaran Lima Angka Sepanjang GP Mandalika 2022

March 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

674
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NAMA Rara Istiani Wulandari (Rara) popular kebelakangan ini gara-gara ritual pelik dilakukannya ketika acara akhir Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika, Lombok, Indonesia, hujung minggu lalu.

Rara dikatakan sebagai pawang hujan dan kelibatnya menjadi tumpuan dunia ketika cuba meredakan hujan lebat yang melanda trek Mandalika dengan menggunakan sebatang kayu, sejumlah colok dan mangkuk tembaga.

BACA >>> Trek Basah Bantu Julang Oliveira Juara Pertama Litar Mandalika!

Antara persoalan timbul, berapakan bayaran diterima pawang hujan itu yang diupah untuk 'mengawal' hujan dalam penganjuran GP Mandalika?

Menurut Rara sendiri, dia dibayar secara kontrak kira-kira Rp5 juta (RM1,470) untuk setiap sesi perlumbaan. Jika misi gagal, Rara masih menerima 50 peratus bayaran!

Mungkin ada mendakwa Rara penipu, tetapi sebenarnya wanita itu sudah bergelar pawang hujan sejak berusia 9 tahun dengan menerima bayaran Rp5 juta sehari!

Rara berkata;

Masa aku 9 tahun, aku dah buat duit sendiri dengan pertunjukan wayang kulit. Masa tu, aku tak pakai colok untuk jadi pawang hujan. Aku siap bagitau tok dalang yang aku ni boleh halang hujan turun.

“Aku dibayar 5 juta rupiah sehari (merujuk kepada bayaran GP Mandalika).”

The master... #IndonesianGP 🇮🇩 pic.twitter.com/ZUO3rk7RMK

— MotoGP™🏁 (@MotoGP) March 20, 2022

Pada aksi GP Mandalika, Rara bekerja atau dilantik secara kontrak selama 21 hari, bermula 1 Mac 2021 dan jika mengambil kira bayaran harian didedahkan, dia menerima kira-kira Rp105 juta (RM30,880).

Walaupun bayaran itu agak tinggi, Rara mengakui kerja dilakukannya bukan semudah disangka.  Katanya lagi:

Ya, kerja ni lek-lekan (tak tidur) siang dan malam.”

Raja juga mendedahkan dia bukan hanya ditugaskan ‘memindahkan lokasi hujan’ tetapi perlu ‘menurunkan hujan’ yang bergantung kepada keperluan aktiviti.

THANK YOU for stopping the rain! 😅#IndonesianGP 🇮🇩 pic.twitter.com/zv7mUB8DPr

— MotoGP™🏁 (@MotoGP) March 20, 2022

Menurutnya;

Sebab trek perlu dijadikan tidak terlampau panas. Ini untuk mengelakkan tar tidak tertanggal, kami kena pastikan suhu bawah 50º Celsius. Pada pagi, diminta cuaca lebih cerah dengan sedikit hujan renyai.”

Pada 9 hingga 11 Mac lalu, Rara ditugaskan memperlahankan taburan hujan di kawasan litar, bertujuan menyejukkan suhu trek yang sudah lama tidak diturap. Sebelum acara utama GP Indonesia bermula, Rara juga terlibat dalam acara pramusim MotoGP selama tiga hari sejak Februari lalu.

APA LAGI BAKAT, PENCAPAIAN RARA?

  • Pernah bertugas untuk Sukan Asean 2018 dan kejuaraan bola sepak AFC U-19 ketika Indonesia menentang Jepun.
  • Pembaca kad tarot.
  • Tukang tilik beberapa artis Indonesia.
  • Pawang hujan acara besar dan majlis perkahwinan selebriti dan tokoh terkenal Indonesia.

BACA >>> Pawang Diminta Turunkan Suhu Supaya Lembap, Hujan Sedikit di Litar Mandalika
BACA >>> Quartararo Masih Tak Yakin Prestasi Sebenar Yamaha untuk Aksi Mandalika

SUMBER: Kompas | MotoGP

Related

674
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2022 GP Indonesia, Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika, MotoGP, Rara Bomoh Hujan, Rara Istiani Wulandari, Rara Mandalika, Rara Pawang Hujan, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev