• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kilang Era Perang Mitsubishi Pajero Bakal Jadi Kilang Tisu Tandas?

Kilang Era Perang Mitsubishi Pajero Bakal Jadi Kilang Tisu Tandas?

March 23, 2022 By Shawkath Leave a Comment

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA tahun lalu, Mitsubishi mengesahkan menutup kilang pengeluaran model kenderaan utiliti sukan (SUV), Pajero Manufacturing Co Ltd.

Fasiliti yang mula dibuka sejak 1943 itu pernah dipanggil 'Toyo Koki' dan terlibat dalam pembuatan komponen kapal terbang ketika Perang Dunia Kedua (WWII) sebelum bertukar kepada penghasilan kenderaan.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Setuju Bangunkan EV dengan Identiti Berbeza
BACA >>> Mitsubishi Tamatkan Pajero di Jepun, Perkenalkan Model Selamat Tinggal, Final Edition

Tahun ini, nasib kilang legenda itu sudah diketahui, dan menurut laporan Nikkei Asia, Mitsubishi Motors bersetuju menjual kilang tersebut kepada syarikat Daio Paper dengan bayaran kira-kira 4 bilion yen (RM139.3 juta).

Perjanjian jual beli itu bakal menyaksikan peralihan pemilikan tanah dan fasiliti kepada pengeluar utama tisu dan tisu tandas di Jepun.

KENAPA JUAL KILANG PAJERO?

  • Keputusan menjual adalah sebahagian program penstrukturan semula kerana Mitsubishi merancang menghasilkan lebih banyak kenderaan elektrik (EV) dan mesra alam.
  • Buat masa ini, Mitsubishi melabur 8 bilion yen (RM279 juta) untuk menaik taraf kilang Mizushima di wilayah Okayama, iaitu lokasi dirancang untuk pembikinan kereta mini elektrik menerusi pakatan Nissan, bermula Mei nanti.
  • Mitsubishi juga sedang menyusun semula operasi pasaran domestik.
  • Pada Julai 2020, satu pelan jangka sederhana meletakkan sasaran mengurangkan kos tetap sebanyak 20 peratus berbanding tahun kewangan 2019, termasuk pengurangan kakitangan.
  • Keputusan itu menyaksikan kira-kira 650 pekerja di Jepun bersetuju menerima tawaran bersara awal tahun lalu.
  • Selepas Pajero dijual kepada Daio Paper, hasil perolehan itu akan digunakan sebagai dana penstrukturan semula Mitsubishi.

BACA >>> Mitsubishi Airtrek EV (2022), Tiada Lagi Turbo, Kini Guna Bateri!

NASIB PEKERJA KILANG

  • Ada kira-kira 1,000 kakitangan kilang tersebut dan sekitar 30 peratus pekerja akan diserap untuk tugasan lain di Mitsubishi Motors.
  • 30 peratus lagi menerima peluang pekerjaan daripada firma lain di kawasan berkenaan.
  • 250 pekerja bersetuju menerima tawaran bersara awal.
  • Baki pekerja ingin mencuba nasib mencari pekerjaan di kilang Daio apabila operasi bermula.

PRESTASI KILANG PAJERO

  • Kilang itu pernah menghasilkan 170,000 unit kenderaan dalam setahun.
  • Bagaimanapun, pengeluaran semakin susut sejak beberapa tahun kemudian.
  • Pada tahun kewangan 2019, pengeluaran Pajero cuma 63,000 unit disebabkan faktor kurang popular.
  • Kilang berdepan kenaikan kos tetap 30 peratus antara tahun kewangan 2015 dan 2019. Faktor penyebab dikaitkan keputusan pengerusi pada ketika itu.
  • Senario bertambah buruk apabila pandemik Covid-19 tiba pada 2020, sekali gus mempercepatkan lagi penutupan kilang Pajero.

BACA >>> Tuner India Bina Tandas Duduk, Paip Air Dalam Toyota Fortuner (2021)

APA JADI SELEPAS INI?

  • Daio Paper merancang menggunakan kilang Pajero untuk aktiviti pembuatan produk kertas sanitasi, termasuk tisu dan tisu tandas.
  • Kilang itu bakal menjadi lokasi utama kerana terletak berhampiran kilang kertas Daio.

BACA >>> #TahukahAnda: 9 Fakta Pelik Tapi Benar Tentang Kereta yang Ramai Tidak Tahu
BACA >>> Belum Masa Lancar Mitsubishi Lancer Evo Baharu

SUMBER: AutoIndustriya

Related

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Daio Paper, Mitsubishi Motors Japan, Pajero Manufacturing Co. Ltd, Roda4, Toyo Koki

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev