• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peta Laluan MRT3 Didedahkan, Bakal Atasi Masalah Pengangkutan Awam Lembah Klang

Peta Laluan MRT3 Didedahkan, Bakal Atasi Masalah Pengangkutan Awam Lembah Klang

March 22, 2022 By Shawkath Leave a Comment

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MRT Corp mendedahkan peta laluan rasmi Transit Aliran Massa 3 Circle Line (MRT3) yang diluluskan Kerajaan dan dijadualkan mula beroperasi berperingkat seawal Disember 2028. Bahagian akhir rangkaian rel Lembah Klang itu dijangka beroperasi penuh menjelang 2030.

Merujuk peta, impak jajaran berbentuk bulatan itu memiliki sambungan dengan laluan perkhidmatan tren lain. Peta rasmi mendedahkan 31 stesen dengan hab utama di Titiwangsa, tidak termasuk dua stesen sementara, iaitu Salak Jaya dan Bukit Kiara.

Bermula Titiwangsa di Kuala Lumpur menuju ke Setapak, stesen dilalui ialah Kampung Puah, Jalan Langkawi, Danau Kota, Setapak, Rejang, Setiawangsa, AU2, Taman Hillview, Tasik Ampang, Kampung Pandan, Pandan Indah dan Taman Kencana.

Laluan seterusnya ialah Cheras membabitkan stesen Taman Cheras (Yulek), Taman Midah, Jalan Yaacob Latif dan Sri Permaisuri. Laluan seterusnya akan melalui Salak Selatan, Salak Jaya (sementara), Kuchai dan Jalan Klang Lama. Selepas itu, tren ke Lembah Pantai membabitkan stesen di Pantai Dalam, Pantai Permai, Universiti dan UM.

Perjalanan tren terakhir meliputi kawasan Bukit Kiara Selatan, Bukit Kiara (sementara), Sri Hartamas dan Mont Kiara sebelum ke Bukit Segambut, Taman Sri Sinar (dekat Desa Parkcity di Kepong), Dutamas dan Jalan Kuching sebelum kembali ke Titiwangsa.

Laluan tren sedia ada kini menghubungkan kawasan luar bandar dengan pusat bandar, tetapi MRT3 bakal berbentuk bulatan yang menghubungkan semula semua laluan.

BACA >>> Projek MRT3 Sambung Semula, Operasi Penuh 2030!

STESEN PERTUKARAN

  • Stesen Setiawangsa (dengan laluan LRT Kelana Jaya)
  • Pandan Indah (laluan LRT Ampang)
  • Taman Midah (laluan MRT Kajang)
  • Salak Selatan (laluan LRT Sri Petaling)
  • Kuchai (sambungan laluan MRT Putrajaya akan datang)
  • Pantai Dalam (dengan laluan KTM Tanjung Malim – Port Klang)
  • Universiti (laluan LRT Kelana Jaya)
  • Bukit Kiara South (laluan MRT Kajang antara Phileo Damansara dan stesen Pusat Bandar Damansara)
  • Jalan Kuching (laluan KTM Tanjung Malim – Pelabuhan Klang)

MRT3 DAN HAB TITIWANGSA

  • MRT3 menghubungkan laluan KL Monorail, Laluan LRT Ampang, Laluan LRT Sri Petaling dan Laluan MRT Putrajaya (bakal siap).
  • Jajaran bulatan MRT3 Circle ialah 50.8km panjang dengan 10.7km laluan bawah tanah dan 40.1km laluan bertingkat.
  • Stesen bawah tanah ialah dari Rejang ke Setiawangsa, Universiti ke Bukit Kiara South dan sepanjang laluan Sri Hartamas ke stesen Jalan Kuching.

BACA >>> MRT Putrajaya Fasa 1 Tak Jadi Buka, Kena Uji Lagi
BACA >>> Hantu Ju On Muncul di Stesen MRT Pasar Seni Cetus Spekulasi
BACA >>> Sehari Selepas HSR, Kerajaan Batalkan Projek MRT3

SUMBER: PaulTan

Related

2.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Isu Pengangkutan Awam, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp), Perkhidmatan Tren, Transit Aliran Massa 3 Circle Line (MRT3)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev