MARC Marquez terpaksa menarik diri daripada aksi pusiangan kedua Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 di Litar Mandalika, Indonesia kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh dalam kemalangan yang dianggap antara terburuk pernah dialaminya.
Selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam ujian pramusim di litar sama Februari lalu, Marquez bergelut dengan isu tayar belakang Michelin. Pelumba Sepanyol itu sudah terjatuh tiga kali sepanjang sesi latihan dan kelayakan yang meletakkan beliau di petak grid ke-14.
BACA >>> Trek Basah Bantu Julang Oliveira Juara Pertama Litar Mandalika!
A seriously big crash for @marcmarquez93 today
A testament to how good modern protective gear is, we're incredibly happy to see and hear that he's OK! See you in Argentina, Marc! 💪#IndonesianGP 🇮🇩 pic.twitter.com/GKAaOAFauw
— MotoGP™🏁 (@MotoGP) March 20, 2022
Namun kemalangan pada sesi pemanasan (warm-up) sebelah pagi padas kelajuan hampir 200kmj nyata mengejutkan ramai pemerhati. Ketika memasuki selekoh kanan pantas 5-6-7, belakang jenteranya tergelincir dan membidas hingga menyebabkan beliau terpelanting ke udara dan mendarat keras atas trek serta hampir dilanggar motosikal sendiri.
Bagaimanapun, Marquez dilihat masih mampu bangun, berdiri dan berjalan perlahan. Pelumba berusia 29 tahun itu kemudian dibawa ke pusat perubatan sebelum dipindahkan ke hospital tempatan untuk pemeriksaan lanjut.
Apa boleh aku cakap. Ini bukan hari minggu kami. Kami bergelut dan ada masalah sejak mula. Ia kemalangan besar dalam sesi pemanasan pagi, mungkin antara terburuk pernah aku hadapi.
"Aku pergi hospital tempatan dan walaupun tiada masalah serius, aku buat keputusan tak sepatutnya berlumba. Sudah tentu memalukan, tapi inilah keputusan terbaik."
Sementara itu, bos Repsol Honda, Alberto Puig berkata;
Ia kemalangan besar, konkusi besar pada kepala, biasanya kemalangan jenis ini kau perlukan masa untuk pulih. Bukan idea yang sangat baik untuk hantar dia berlumba. Jadi kami semua putuskan perkara terbaik dilakukan adalah tidak menyertai Grand Prix dan cuba untuk pulih dan lihat perkembangan (kondisi fizikal) dalam masa 12-24 jam berikut."
"Tiada kesakitan, tapi dia dah hadap tiga kemalangan kuat hujung minggu ini dan salah satu sangat teruk. Jadi, bukan kerana dia alami kecederaan patah, tetapi ia sangat tidak selesa apabila kepala kau kena impak, kau kena lebih hati-hati berbanding tulang."
Pusingan ketiga MotoGP 2022 dijadualkan berlangsung di Termas de Rio Hondo, Argentina, pada 3 April ini.
BACA >>> Bastianini Juara GP Qatar, Marquez Menyerlah, Quartararo Semakin ke Belakang!
BACA >>> #TahukahAnda: Ini 6 Fakta Menarik Tentang Sistem Brek Brembo MotoGP 2022
SUMBER: Crash.net
Leave a Reply