VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) semalam memperkenalkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) Tiguan versi dipertingkat, Allspace Elegance dan R-Line 4MOTION.
Kedua-dua model Tiguan itu ialah produk pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Pekan, Pahang yang hadir dengan pembaharuan dalam usaha meneruskan saingan untuk segmen SUV tempatan.
Berikut perincian dua model berikut:
TIGUAN ALLSPACE ELEGFANCE, R-LINE 4MOTION
- Allspace dilancarkan ke pasaran sejak 2017 dengan mencatatkan jualan kira-kira 1.5 juta unit di pasaran dunia.
- Allspace mewakili 55 peratus keseluruhan pengeluaran Tiguan.
- Tiguan Allspace ialah SUV segmen-C 7-kerusi berkeluasan 1,775 liter dengan pelbagai konfigurasi tempat duduk.
BACA >>> #Videotomotif: Abang Gan Beli Volkswagen Tiguan Allspace Highline Jadi Production Car?
HARGA
- Tiguan Allspace Elegance - RM174,745.68
- Tiguan Allspace R-Line 4MOTION - RM219,443
* Harga asas tanpa insurans dan caj lain dengan waranti 5 tahun tanpa had perbatuan, servis percuma 3 tahun dan bantuan jalanan 5 tahun.
WARNA
- Ada lima pilihan warna disediakan: Atlantic Blue (biru), Oryx White (putih), Deep Black (hitam), Platinum Grey (kelabu) dan Pyrite Silver (perak).
BACA >>> Volkswagen Golf R-Line (2022) Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM155k!
TRENKUASA
- Elegance dipacu enjin turbo 1.4TSI dengan transmisi DSG 6-kelajuan berkuasa 148hp dan tork 250Nm.
- Kadar penggunaan bahan api 7.7 liter per 100km.
- R-Line 4MOTION hadir dengan enjin turbo 2.0TSI dengan transmisi DSG 7-kelajuan berkuasa 217hp dan tork 350Nm. SUV versi prestasi ini menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) dipanggil 4MOTION.
- Kadar penggunaan bahan api 8.6 liter per 100km.
BACA >>> #PanduUji: Memang Senyum Lebar Dapat Pandu VW Tiguan Allspace R-Line
REKABENTUK
- Varian Elegance sarat dengan kemasan krom pada bahagian luaran. Ada trim sisi khas Allspace dan cermin sisi perak. Menggunakan rim aloi Frankfurt 18 inci.
- R-Line 4MOTION pula tampak lebih agresif dengan padanan bampar depan dan belakang, spoiler bumbung dan kemasan sisi. Rim digunakan Valencia 19 inci.
- Penampilan kedua-dua varian dilengkapi strip LED merentangi gril yang seakan bersambung dengan lampu siang (DRL) LED.
- Tiguan serba baharu ini turut menggunakan lampu LED penuh untuk lampu depan dan belakang, manakala lampu tinggi kini dua kali ganda lebih terang. Lampu SUV kini jenis semua cuaca dengan ciri pembelokan dinamik.
- Set lampu belakang memiliki rekaan signatur tersendiri dengan efek click-clack apabila brek ditekan pemandu.
- Perkataan Tiguan tertera pada belakang SUV dan turut menggunakan logo baharu Volkswagen yang lebih ringkas.
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cuci Kabin Kereta untuk Hapus Kuman Covid-19
KABIN
- Ruang dalaman Allspace Elegance mengenakan imej mewah dengan kerusi kulit Vienna, dan ada tambahan ciri Active Climate untuk pemandu dan penumpang depan.
- Tempat duduk depan boleh laras elektrik dengan 12-tetapan.
- Terbaharu dalam senarai, ciri Easy Open dan Easy Close yang direka untuk membuka but tanpa menggunakan tangan dan ditutup lebih perlahan.
- Ruang dalaman R-Line 4MOTION meneruskan legasi gaya R-Line dengan skema warna Carbon Grey (kelabu).
- Tombol gear menerima pembaharuan menerusi paparan muka bersama iluminasi untuk menunjukkan posisi gear semasa.
- Kluster instrumen TFT digital 11.7 inci berwarna memberikan paparan visual lebih jelas.
- Sistem infotainmen kedua-dua varian menggunakan unit Discover Pro 9.2 inci generasi baharu dengan konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto, arahan suara, sistem navigasi terbina dalam dan lain-lain.
- R-Line 4MOTION mendapat fungsi tambahan dengan paparan Off-Road untuk menunjukkan data relevan dengan mod pemanduan tersebut.
- Stereng sport multifungsi dilengkapi butang kawalan haptik. Butang dan tombol panel penyaman udara turut dinaik taraf.
- Kerusi pemandu dan penumpang depan diberikan ciri ventilator untuk fungsi penyejukan atau pemanasan.
- Sistem penyaman udara Climatronic 3-zon menawarkan pelbagai mod, termasuk fungsi Air Care untuk keselesaan penumpang.
- Elegance menawarkan empat mod pemanduan: Eco, Normal, Sport dan Individual.
- R-Line 4MOTION pula ada pilihan mod Kawalan Casis Dinamik (DCC) untuk pemandu menetapkan gaya memandu. Sistem 4MOTION pula hadir dengan tambahan empat mod: On-Road, Off-Road, Off-Road Expert dan Snow.
- R-Line 4MOTION dipasangkan sistem bunyi premium Harman Kardon 480w dengan 10 unit pembesar suara.
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?
KESELAMATAN
- Allspace Elegance dilengkapi 6 beg udara (R-Line 4MOTION, 7 beg udara).
- Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Bantuan Brek (BA)
- Brek Multi-Perlanggaran
- Sistem Maklum Balas Pelanggaran Pintar (ICRS)
- Brek Parkir Elektronik (EPB)
- Bantuan Kekal Lorong dan sistem Driver Alert kini ciri standard untuk kedua-dua varian.
- Kawalan Turun Bukit (HDC) untuk R-Line 4MOTION.
BACA >>> Kajian: WHO Cadang Halaju 30kmj untuk Kawasan Bandar
BACA >>> #TahukahAnda: Fungsi Pam Pengesan Bocor (LDP) yang Ramai Pemandu Tidak Tahu
Leave a Reply