• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Quartararo Masih Tak Yakin Prestasi Sebenar Yamaha untuk Aksi Mandalika

Quartararo Masih Tak Yakin Prestasi Sebenar Yamaha untuk Aksi Mandalika

March 18, 2022 By Shawkath Leave a Comment

222
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FABIO Quartararo masih tidak yakin dengan peluang Yamaha untuk mencipta kejutan pada aksi MotoGP 2022 di Litar Mandalika, hujung minggu ini.

Pelumba Perancis itu mendakwa YZR-M1 yang ditunggang ketika ini ialah jentera sebenar yang akan digunakan untuk perlumbaan di Lombok dan ‘tiada benda baharu’.

BACA >>> Quartararo dan Vinales: Ini Masalah Sebenar Yamaha YZR-M1

Berdasarkan struktur Litar Mandalika, Quartararo sebenarnya berpeluang membaiki permulaan aksi yang agak lemah di Qatar untuk cuba mempertahankan gelaran juara MotoGP 2021.

Litar baharu di Lombok memiliki trek lurus lebih pendek berbanding Qatar yang mana Quartararo dilihat agak pantas dalam ujian pra-musim tiga hari bulan lalu.

Quartararo mengakhiri saingan GP Qatar dengan kedudukan ke-9, yang juga prestasi paling teruk berbanding dua aksi di Litar Lusail pada 2021. Ini katanya;

Memang mencabar. Aku sebenarnya mengharapkan yang lebih baik daripada GP Qatar. Betul, kami tak dapat memanfaat tiga hari ujian dan akhirnya mula hilang grip.

“Semasa perlumbaan (Qatar), kami cuba sesuatu berbeza dan tekanan tayar depan nampaknya salah. Itu satu perlumbaan sukar, tetapi kau akan belajar sesuatu daripada momen sukar.

“Saya rasa kami tahu sesuatu di sini (hala tuju). Kami agak pantas dalam ujian walaupun sesi ujian amat berbeza dengan perlumbaan sebenar.

“Jadi, mari kita lihat apa yang boleh dicapai di sini (Mandalika). Apa yang beri kelebihan kepada kami ialah trek lurus lebih pendek."

Desas-desus mengatakan Yamaha akan membawa komponen baharu selepas beberapa pusingan MotoGP untuk menambah baik kelajuan maksimum. Bagaimanapun, Quartararo mengatakan dia sendiri tidak nampak apa-apa.

Dia berkata;

“Hakikatnya, (motosikal dan prestasi) Yamaha sebenar adalah sama seperti anda lihat di Qatar. Maksud saya, saya tak rasa atau dengar apa-apa tentang suatu perubahan baharu. Jadi, ini mungkin Yamaha sebenar.

“Tentang casing (tayar baharu untuk minggu ini daripada Michelin), kami kena tunggu dan memahami bagaimana kami akan harungi GP kali ini.

“Aku rasa ini casing 2018. Jadi, aku belum pernah tunggang dengan casing ini dan adalah penting untuk lihat bagaimana prestasinya. Aku sedia berjuang dan akan melakukan semua yang terdaya.”

BACA >>> Quartararo: Semua Motor Honda Laju Belaka
BACA >>> Isu Permukaan Trek Litar Mandalika Selesai, Tiada Masalah Tunggang Sepantas 330kmj
BACA >>> Bastianini Tak Sabar Nak ke GP Indonesia, Sedia Sahut Cabaran Trek Baru Turap

SUMBER: Crash

Related

222
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2022 GP Indonesia, 2022 MotoGP Indonesia, autoterkini, Fabio Quartararo, MotoGP 2022, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev