• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Siapa Paling Pantas? - AWD vs RWD vs FWD (Ford Focus RS vs BMW M140i vs Honda Civic Type R)

Siapa Paling Pantas? - AWD vs RWD vs FWD (Ford Focus RS vs BMW M140i vs Honda Civic Type R)

December 11, 2016 By Azhan O 2 Comments

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

awd-rwd-fwd
SECARA tradisional, kereta pacuan roda belakang (RWD) sering dikaitkan dengan kenderaan yang pantas. Kombinasi hantaran dan keseimbangan kuasa banyak membantu pemandu mengambil selekoh. Namun, baru-baru ini, muncul banyak kenderaan eksotik premium seperti Honda NSX dan Ferrari 918 Spyder yang menggunakan tetapan pacuan semua roda (AWD) untuk mendapatkan lebih cengkaman dan hantaran kuasa lebih baik.

BACA >>> Honda NSX 2016 : Spesifikasi, Reviu & Galeri [30 Gambar]

Sementara itu, sistem pacuan roda depan (FWD) pula sudah tentu dibikin atas dasar kos dan proses pembinaan yang mudah. Walaupun berdepan isu keseimbangan, mujurlah FWD banyak diselamatkan dengan rekabentuk asas kenderaan itu.

Kesimpulannya, ketiga-ketiga susun atur trenpacu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tetapi, kereta mana satu yang paling pantas atas trek? Tim jurnalis  daripada laman Car Throttle cuba memandu uji kelajuan antara Ford Focus RS (AWD), BMW M140i (RWD) dan Honda Civic Type R (FWD).

Selain ujian catatan lap terpantas sebanyak 4 kali cubaan, ketiga-ketiga kereta turut bersaing dalam ujian drag. Saksikan saja video berdurasi 13:48 minit di bawah ini:

KESIMPULAN

Disebabkan ujian dibuat atas trek basah dan licin di England, tidak mengejutkan kelebihan banyak berpihak kepada Ford Focus RS dengan sistem AWD yang menewaskan BMW M140i dan Honda Civic Type R dalam dua ujian trek dilakukan - lap dan drag. Ini kerana sistem AWD sememangnya memberikan banyak kelebihan dari segi cengkaman dan pecutan atas jalan basah. Yang mana satukah kereta anda minat? 😀

Keputusan Lap Terpantas

  1. Ford Focus RS 38.81s
  2. Honda Civic Type R 39.53s
  3. BMW M140i 41.77s

Keputusan Drag

  1. Ford Focus RS
  2. BMW M140i
  3. Honda Civic Type R

SUMBER: Road and Track

Related

179
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, BMW M140i, Ford Focus RS, Honda Civic Type R, Roda4, ujian drag, ujian lap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev