• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Motor Nak 'Pancung' Terlanggar Van Tukar Laluan Mengejut, Netizen Salahkan Rider?

Motor Nak 'Pancung' Terlanggar Van Tukar Laluan Mengejut, Netizen Salahkan Rider?

March 15, 2022 By Farah Leave a Comment

295
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SUDAHLAH tukar laluan tanpa nyalakan lampu signal belok hingga menyebabkan penunggang motosikal terbabas langgar pembahagian jalan, kemudian buat tak endah terus larikan diri.

Demikianlah sikap pemandu van yang dirakam menerusi video papan pemuka (dashcam). Aksi kemalangan itu kini tular di media sosial.

Insiden itu dirakam di Lebuhraya Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu kira-kira jam 4 petang.

Berdasarkan rakaman, penunggang motosikal dilihat cuba 'pancung' ke laluan kanan namun pada masa sama van di hadapannya turut mengubah laluan tanpa menyalakan lampu signal belok. Kecuaian itu menyebabkan penunggang itu bergesel dengan badan van sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan.

Tidak diketahui nasib penunggang motosikal tersebut, namun dapat dilihat dalam video penunggang motosikal itu dipercayai agak kritikal susulan terseret di atas jalan raya hingga masuk ke bawah besi penghadang jalan.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen berpendapat penunggang motosikal tersebut juga bersalah dalam kejadian kemalangan itu.

"Memang lah salah moto... Datang dari kiri pastu hampir plak belakang kete nak memotong. Mana nampak kete tu... Jalan memang lama kosong belah kanan," tulis Azid Syamri

"Masing-masing  tidak berwaspada ikut hati," tulis Mohd Sharif Saad.

"Memang ada nampak kesalahan pada rider tu gak..tapi pemandu van pulak takde hati perut blah camtu je," tulis Wan Razali.

Apa kata anda pula? Apa pun, mari kita doakan mangsa selamat dalam nahas tersebut.

BACA>>> Alza Pandu Bawah 50kmj Tetiba Terbabas, Netizen Syak Bukan-Bukan
BACA>>> Netizen Buru Vellfire Langgar Lari Penunggang, Pakcik Basikal Lalu Buat 'Dek' Pun Kena Kecam

Related

295
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kemalangan, netizen, Rider, Video Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev