• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Netizen Buru Vellfire Langgar Lari Penunggang, Pakcik Basikal Lalu Buat 'Dek' Pun Kena Kecam

Netizen Buru Vellfire Langgar Lari Penunggang, Pakcik Basikal Lalu Buat 'Dek' Pun Kena Kecam

March 10, 2022 By Farah Leave a Comment

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU video kamera pemuka (dashcam) tular di media sosial yang memaparkan insiden  langgar lari melibatkan Toyota Vellfire dan sebuah motosikal.

Insiden berlaku kira-kira jam 9.07 pagi tadi itu di kawasan Pandamaran Jaya, Klang, Selangor.

Dalam klip video seminit itu, Vellfire putih itu datang dari arah depan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh seorang penunggang motosikal yang tercampak atas jalan. Sebuah Perodua Alza, dpercayai berada di belakang penunggang motosikal tersebut sempat menggelak ke kanan jalan.

Bahagian bampar depan Vellfire tersebut kelihatan remuk dan pemandunya sempat berhenti seketika sebelum melarikan diri beberapa saat kemudian.

Pemilik dashcam yang keluar dari keretanya cuba mengambil gambar SMPV suspek, tetapi tidak sempat kerana sudah menghilangkan diri, dan kemudian pergi melihat keadaan mangsa yang sudah diam tidak bergerak. Tidak diketahui apakah nasib penunggang berkenaan.

Video tersebut mencetuskan kemarahan netizen terhadap sikap pemandu Vellfire tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab dan ramai kini cuba mengesan identiti pemiliknya. Turut menarik perhatian adalah reaksi penunggang basikal yang selamba mengayuh di sebelah mangsa seakan tiada apa berlaku hingga menyebabkan netizen berang dan tidak puas hati.

BACA>>> Myvi Langgar Lari 3 Pemain Bola Sepak Belia Kelantan Tercicir Nombor Plat
BACA>>> BMW Langgar Lari 3 Penunggang Berbeza dalam Masa Sejam?

Artikel Berkaitan

214
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan, kemalangan dashcam, kemalangan motosikal, Penunggang Motosikal, Toyota vELLFIRE, video

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my