• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda CG125 Fi 30th Anniversary Edition (2022) Lancar Di China, Harga Mula RM4.9k!

Honda CG125 Fi 30th Anniversary Edition (2022) Lancar Di China, Harga Mula RM4.9k!

March 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

859
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

WUYANG Honda memperkenalkan satu model motosikal retro naked istimewa iaitu CG125 30th Anniversary Edition di China. Model itu juga hadir dengan skim warna retro beberapa komponen berciri klasik.

Motosikal legenda itu pernah diperkenalkan Honda sekitar tahun 1976 di Jepun sebelum dihentikan pengeluaran pada 2008. Berikut ialah perincian Honda CG125 30th Anniversary Edition:

WARNA DAN HARGA

  • Honda CG125 ditawarkan di pasaran China bermula tahun 1992. Harga untuk model edisi ulang tahun ialah 7,480 yuan (RM4,956)
  • Skim warna retro istimewa biru putih dengan padanan grafik sayap ikonik Honda pada bahagian sisi.
  • Ada logo tiga dimensi Wuyang Honda ditampal pada bahagian tangki minyak dan lencana krom CG125 pada sisi motosikal.

TRENKUASA

Honda CG125 Fi 2022 - 0
Honda CG125 Fi 2022 - 6
  • Trenkuasa jenis 4-lejang silinder tunggal 125cc dengan sistem penyejukan udara dan teknologi sistem suntikan bahan api, menawarkan kuasa 9.8hp pada 8,000rpm dan tork 9.5Nm pada 6,500rpm.
  • Kelajuan maksimum ialah 93kmj. Tiada maklumat mengenai jenis transmisi digunakan.

BACA >>> Honda CGL 125 Tool (2020) Lancar di Mexico, Harga RM4.1k

REKABENTUK

Honda CG125 Fi 2022 - 9
Honda CG125 Fi 2022 - 3
  • Pelana bercorak dengan balutan material kulit sintetik berwarna coklat gelap dan ada jalur logam berwarna krom dipasang pada sisi pelana. Bagaimanapun, tiada bar pembonceng ditawarkan.
  • Fork depan jenis teleskopik dengan sarung perlindungan pada batang fork. Sistem absober berkembar untuk imbangan belakang. Sistem suspensi diberi salutan warna hitam.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah

Honda CG125 Fi 2022 - 8
Honda CG125 Fi 2022 - 7
  • Skim hitam juga dikenakan pada kedua-dua rim jejari (spokes) dan hab rim termasuk brek dram. Pendekatan sama dibuat untuk ekzos, madgad depan dan penutup rantai motosikal. Blok trenkuasa berwarna hitam berserta kemasan merah.
  • Lampu depan, belakang dan signal belok jenis capang mengetengahkan rekabentuk segiempat.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Buka Lampu Ketika Hujan Siang?

Honda CG125 Fi 2022 - 5
Honda CG125 Fi 2022 - 4
  • Instrumen meter CG125 berbentuk segiempat depan paparan meter analog untuk spidometer dan takometer. Beberapa lampu amaran dipasang pada bahagian bawah meter.
  • Masih menggunakan sistem mekanikal dan anak kunci.
  • Berat motosikal cuma 110kg dan menggunakan butang penghidup elektrik. Tiada lagi penendang kaki.

  • Kedua-dua roda menggunakan brek dram.
  • Tangki minyak pula sebesar 8.2 liter dan pengeluarnya mendakwa satu liter minyak menawarkan jarak tunggangan sejauh 55.55km.
  • Dimensi motosikal ialah 1,910mm panjang x 740mm lebar dan 1,020mm tinggi. Jarak lega bumi ialah 165mm.

BACA >>> Honda RS150R (2022) Facelift dengan Enjin Euro4 Kini Boleh Dibeli! Harga Naik RM100
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Cara Bersih, Minyakkan Rantai Motosikal yang Betul
BACA >>> #ApaNakBuat: Counter Steer - Teknik Layan Corner Sampai Boleh Asah Lutut

SUMBER: Wuyang Honda

Related

859
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda CG125 30th Anniversary Edition, Honda China, Moped Retro Klasik, Motosikal 125cc, roda2, Wuyang Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev