JUARA dunia MotoGP 2021, Fabio Quartararo mendakwa pasukan Repsol Honda nampaknya sudah melakukan perubahan besar sepanjang musim sejuk lalu dengan berkata;
Kalau korang semak balik semua pelumba Honda, kelajuan diorang cukup luar biasa!”
BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Format Saringan Masa MotoGP yang Perlu Anda Tahu
Bagaimanapun, persekitaran kotor dengan permukaan trek rosak di Litar Mandalika ketika ujian pra-musim MotoGP berlangsung belum dapat memberikan gambaran jelas sepenuhnya mengenai kelebihan setiap pasukan menjelang aski pembuka musim di GP Qatar tidak lama lagi.
Namun, berdasarkan pemerhatian Quartararo, beliau mengakui Honda adalah antara pasukan pengilang yang mengambil pendekatan drastik dari segi prestasi.
BACA >>> Pasukan Rossi Tayang Pelumba, Jentera Ducati GP21 untuk Aksi MotoGP 2022
Buktinya, jentera RC213V dilihat menggungguli senarai catatan masa di Mandalika, terutama pelumbanya, Pol Espargaro yang merekodkan prestasi lebih pantas berbanding purata kelajuan sebelum ini.
Pelumba pasukan satelit LCR, Takaaki Nakagami dan Alex Marquez juga menunjukkan kepantasan memberangsangkanpada simulasi akhir perlumbaan. Bagaimanapun, bukan semua pelumba menggunakan jenis tayar yang sama pada hari perlumbaan tersebut.
Korang tengok Pol, untuk aku dia nampak paling laju. Marc (Marquez) pun melampau laju juga dan Taka (Nakagami) menunjukkan simulas terbaik perlumbaan.
“Jadi, keempat-empat motor Honda memang laju. Dan korang boleh tengok sendiri motor diorang berlumba dalam cara berbeza. Tentang pelumba pula, dari luaran mereka agak baik.”
Dengan mengambil kira faktor kelajuan yang memberi manfaat kepada pelumba Honda berbanding jentera Yamaha, Quartararo berkata;
Aku tak tunggang motor tu, tapi apa yang pasti, trail membrek nampaknya sangat baik. Aku nampak daya membrek Marc cukup kuat di selekoh. Bagi aku, karakter enjin motor nampaknya dah berubah.
“Ketika slide, kelajuan motor kami bukan diperlahankan untuk berhenti dan tidak membelok. Motor diorang masa slide pula memang boleh belok. Itu bukan apa yang kami tak ada, tapi itulah karakter motor diorang (Honda).”
Pada akhir ujian di Indonesia, Ducati sekali lagi mengungguli kelajuan terpantas. Espargaro sebelum ini memberikan bayangan Honda merancang menambah dos kuasa untuk aksi GP Qatar. Bagi Quartararo pula, kelajuan terpantas memang sudah lama diperlukan Yamaha tetapi tidak meletakkan harapan tinggi.
Quartararo berkata;
Secara jujur, tidak. Ini kerana sejak tiga bulan berlalu, kami tidak menerima sesuatu yang spesial. Dalam tempoh dua minggu akan datang, aku tak harapkan sesuatu kejutan akan berlaku.”
Namun, Quartararo masih sempat mempamerkan prestasi kelajuan memberangsangkan di Mandalika dan hampir menyaingi jentera Honda pada aksi simulasi lumba.
“Kalau guna tayar terpakai, aku memang boleh ride lebih laju. Dengan 28 lap untuk (roda) depan dan 20 membabitkan (roda) belakang, aku dapat masa 32.4, 32.5. Jadi, aku rasa yakin dan (bersedia) 100 peratus.”
BACA >>> Yamaha Aerox 155 MotoGP Edisi Terhad Habis Jual di India
BACA >>> Quartararo Dapat Yamaha M1 Spec Baharu MotoGP 2022, Sedia Cabar Ducati?
BACA >>> Polis Siasat Mat Rempit Superbike Buat Wheelie, Tunggang Lebih 285kmj
SUMBER: Crash
Leave a Reply