• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sweden Setuju Naikkan Semula Had Laju kepada Asal

Sweden Setuju Naikkan Semula Had Laju kepada Asal

March 1, 2022 By Shawkath Leave a Comment

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENTADBIRAN Pengangkutan Sweden melancarkan kempen mengurangkan had kelajuan di negara itu yang dikuatkuasakan sejak 2016. Antaranya had laju 90kmj dan 100kmj diturunkan kepada 80kmj untuk jalan raya dua hala yang tiada pengadang tengah jalan, membabitkan 44 peratus jalan negeri atau kira-kira 430km.

Kini semua had laju tersebut dikembalikan semula kepada had kelajuan asal, 90kmj-100kmj.

Objektif mengembalikan semula had kelajuan asal itu adalah respons kepada protes penduduk seluruh Sweden yang menggesa Kerajaan mengambil pendekatan lain bagi meningkatkan keselamatan jalan raya selain menumpukan kepada meningkatkan had laju.

Antara sebab bantahan dibuat adalah disebabkan faktor masa kerana pengguna perlu menghabiskan masa lebih lama atas jalan untuk sampai ke tempat kerja dan sekolah. Selain itu, Persatuan Motosikal Sweden atau SMC (Sverige MotorCyklister) pula aktif mengemukakan cadangan meningkatkan keselamatan jalan raya seperti:

  • Menggunakan permukaan tar geseran tinggi.
  • Membaik pulih jalan yang retak, termasuk menurap lubang dan lopak jalan.
  • Membersihkan permukaan jalan selepas kerja baik pulih diselesaikan.
  • Menggunakan simbol khas atas jalan di kawasan selekoh berbahaya (seperti dilakukan Austria, lihat foto bawah).


Akhirnya, Kerajaan Sweden menerima pendapat dan cadangan umum dengan membatalkan keputusan menurunkan had kelajuan dalam negara. Menurut dilaporkan Kerajaan:

  • Tiada sebab mengenakan kawalan (halaju) ke atas sesuatu yang sudah dilaksanakan.
  • Ada pendekatan lain harus dicuba yang tidak melibatkan penurunan had laju, sama ada secara penuh atau sebahagian  jalan raya.

BACA >>> 'JPJ Filipina' Cadang Halaju 30kmj di Bandar Utama Seluruh Negara
BACA >>> Kajian: WHO Cadang Halaju 30kmj untuk Kawasan Bandar
BACA >>> e-Skuter Wajib Ada Insurans di Itali
BACA >>> #RetroAuto: Tentang Hayabusa, Syarat Emisi dan Pakatan Sulit Hadkan Halaju Superbike

SUMBER: MotoIt | SVMC

Related

77
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bantahan halaju, Jabatan Pengangkutan Jalan Sweden, Pentadbiran Pengangkutan Sweden, roda2, Roda4, Sverige MotorCyklister

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev