• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Bakal Lancar Honda HR-V (2022), Ada Varian Petrol+Etanol

Indonesia Bakal Lancar Honda HR-V (2022), Ada Varian Petrol+Etanol

February 28, 2022 By Shawkath Leave a Comment

538
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Indonesia bakal memperkenalkan empat varian HR-V (2022) generasi ketiga dalam dua pilihan trenkuasa petrol untuk pasaran republik itu.

Selain itu, varian tertinggi akan dikenali sebagai RS bagi menggantikan Prestige yang mana maklumat itu didedahkan portal Autonetmagz. Bagaimanapun, harga setiap varian crossover segmen-B itu belum didedahkan.

Berikut perincian HR-V (2022) versi Indonesia.

TRENKUASA 

Ada dua pilihan, iaitu:

  • Enjin L15ZF i-VTEC jenis aspirasi natural (NA) 1.5L DOHC i-VTEC  berkuasa 119hp @ 6,600rpm, tork 145Nm @ 4,300rpm, sama seperti BR-V dan City Hatchback di Indonesia.
  • Enjin L15BG 1.5L VTEC Turbo seperti Civic Turbo di Indonesia dengan kuasa 177hp dan tork 240Nm. Enjin jenis ini mampu menerima bahan api fleksibel, iaitu petrol dengan campuran etanol.

BACA >>> Kenapa Jika Ramai Rakyat Brazil Guna Kereta Elektrik, Harga Gula Dunia Turun?
BACA >>> Honda City Hatchback RS e:HEV (2022) Berkuasa 107hp, 253Nm Dedah Harga, RM107k!

VARIAN 

Ada empat varian bakal diperkenalkan, iaitu S, E, SE dan RS Turbo. Semua varian akan dilengkapkan sistem bantuan pemandu Honda SENSING.

  • S: Model paling asas, dilengkapi empat beg udara dan rim 17 inci. Enjin 1.5L DOHC i-VTEC.
  • E: Sama seperti varian S, tetapi rim lebih menarik dan ada fungsi penghidup enjin kawalan jauh.
  • SE: Sama seperti varian V, tetapi dipasangkan rim aloi 18 inci, lampu signal belok sekuesial, bumbung panoramik dan kamera Honda LaneWatch.
  • RS Turbo: Model paling premium dengan trenkuasa 1.5L VTEC Turbo, lencana RS, enam beg udara, kluster instrumen dengan paparan multi-info (MID) TFT 7-inci dan kunci pintar dengan entri tanpa kunci.

HR-V (2022) generasi ketiga ini sudah dilancarkan di Thailand pada November tahun lalu, dan turut dilengkapkan ciri Honda SENSING, terdiri daripada:

  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan ciri Henti & Mula (Start & Stop)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Notifikasi Kereta Depan Gerak (Lead Car Departure Notification)

Bagaimanapun, varian HR-V RS versu Thailand dijana enjin hibrid i-MMD e:HEV, bukan 1.5L VTEC Turbo.

BACA >>> Honda Thailand Bakal Lancar Generasi Terbaharu HR-V (2022), Tiada Lagi Enjin 1.8L?
BACA >>> #Spyshot: Kelibat Honda HR-V Serba Baharu Sedang Diuji Muncul di Indonesia
BACA >>> 10 Fakta Pantas: Toyota Corolla Cross (2020) Debut Global di Thailand, Harga RM132k
BACA >>> Parkir Lebih Setahun, Caj Cecah Lebih RM14k, Polis Buru Pemilik HR-V

SUMBER: Autonetmagz | PaulTan

Related

538
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda HR-V (2022), Honda HR-V RS Turbo (2022), Honda Indonesia, Indonesia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my