• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Wira Rempuh Treler di LPT, Dua Anggota APM Maut, Seorang Parah

Wira Rempuh Treler di LPT, Dua Anggota APM Maut, Seorang Parah

February 25, 2022 By Farah Leave a Comment

284
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUA anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) maut dan seorang parah apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di KM142.8 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, Maran, Pahang petang semalam.

Mangsa maut dalam insiden jam 2.55 petang ialah pemandu, Muhammad Nur Izzuddin Mohd Razali, 21, dan penumpang depan, Siti Fairuz Adnan, 28, manakala Nurulain Zulfardliyana Mat Daud, 34, yang duduk di bahagian penumpang belakang parah di muka.

Menurut polis, kemalangan berlaku apabila kereta Proton Wira dinaiki mangsa hilang kawalan dan melanggar belakang treler di lorong perlahan hingga menyebabkan bahagian depan kereta itu remuk teruk. Semua mangsa yang berkhidmat di APM Pekan dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Temerloh untuk menghadiri majlis hari jadi rakan mereka.

Pemandu treler Zamrie Idris, 54, tidak mengalami kecederaan dan mangsa parah kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA>>>
Nahas Treler RnR USJ: Ini Punca Treler Rempuh 9 Beranak dalam Wira
BACA>>>
Rempuh Belakang Treler Konkrit, Dua Rakan Maut, Waja Terperosok Separuh Badan Kereta

apm-kemalangan-pahang-1
apm-kemalangan-pahang-2
wira
apm-kemalangan-pahang-3

Related

284
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: APM Maut, kemalangan maut, treler, Wira kemalangan treler

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev