HONDA Malaysia memperkenalkan Honda Certified Used Car (HCUC), iaitu pendekatan baharu kepada pengguna Malaysia untuk membeli kenderaan jenama Honda terpakai menerusi platform boleh dipercayai.
Perniagaan HCUC dibuka bermula semalam dengan enam cawangan seluruh negara yang bakal meluaskan lagi perkhidmatan jualan ditawarkan Honda kepada pelanggan tempatan yang mencari kenderaan terpakai.
BACA >>> Honda Malaysia Bakal Lancar Dua Model Baharu, Teroka Bisnes Kereta Terpakai
Enam premis baru dibuka itu ialah:
- MJN Motors Sdn Bhd (Selangor)
- Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd (Selangor)
- Kah Motor Co Sdn Bhd (Pulau Pinang)
- Kah Motor Co Sdn Bhd (Johor)
- Yong Ming Motor Sdn Bhd (Johor)
- Chuan Thye Motor Sdn Bhd (Pahang)
BACA >>> Koleksi Barangan Eksklusif Honda Malaysia Boleh Beli di Shopee!
BACA >>> Honda Malaysia Lancar Aplikasi Honda CONNECT, Boleh Kawal Kereta Guna Telefon Pintar
MANFAAT HCUC
- Menerui program HCUC, pelanggan berpeluang memilih pelbagai model terpakai Honda.
- Semua model ditawarkan berusia di bawah lima tahun dengan jarak perbatuan kurang 100,000km.
- Setiap model di bawah program menjalani pemeriksaan ketat 288-poin, dilakukan pemeriksa bertauliah HCI (Honda Certified Inspector).
- Pemeriksaan dibuat ke atas trenkuasa dan transmisi, frem bawah kenderaan dan fungsi, termasuk kondisi luaran dan dalaman.
- Semua unit diperakui sah, dilengkapi komponen tulen dan bebas daripada kemalangan major dan banjir.
- Pelanggan yang membeli model terpakai Honda menerusi HCUC layak mendapat jaminan tambahan setahun atas baki waranti sedia ada.
- Semua proses pendaftaran akan dibuat pengedar rasmi HCUC.
Semua manfaat di atas tetap tertakluk terma dan syarat ditetapkan Honda Malaysia, serta maklumat lanjut boleh didapati menerusi semua cawangan pengedar HCUC, atau hubungi talian bebas tol Honda Malaysia: 1-800-88-2020.
BACA >>> 11 Orang Ini Patut Beli Kereta Terpakai Saja! Jangan Nak Eksyen Lebih Naa...
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Caranya Beli Kereta Terpakai yang Berbaloi... (13 Tip)
BACA >>> Kenapa Ujian Shaken Buat Orang Jepun Tak Nak Beli, Simpan Kereta Lama-Lama?
BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Tanya 10 Soalan Ini
Leave a Reply