• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Cuak Diperiksa Polis, Pasangan Kekasih Positif Dadah Nekad Lawan Arus Sampai Terbabas

Cuak Diperiksa Polis, Pasangan Kekasih Positif Dadah Nekad Lawan Arus Sampai Terbabas

February 21, 2022 By Farah Leave a Comment

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CEMAS dengan kehadiran polis yang datang memeriksa kereta, sepasang kekasih nekad melarikan diri secara melawan arus di Jalan Kuah-Padang Matsirat, Langkawi, Kedah malam tadi.

Dalam insiden jam 7 malam itu, pasangan kekasih itu memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza, manakala polis menggunakan kereta peronda jenis Honda Civic. Aksi kejar mengejar itu berakhir apabila MPV tersebut merempuh beberapa kenderaan lain dan terbabas ke dalam longkang.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Metamfetamin? Kenapa Sesetengah Drebar Lori Ambil Dadah Ini?

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/02/avanza-terbalik-2.mp4
https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/02/anaza-terbalik.mp4

Polis kemudian menahan suspek lelaki dan teman wanitannya, berusia 42 dan 34 tahun untuk siasatan lanjut. Hasil ujian urin mendapati suspek lelaki positif dadah jenis morfin, manakala wanita positif metamfetamin.

Menurut polis, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas Avanzan dinaiki suspek selepas mendapati MPV itu berada dalam keadaan mencurigakan, disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Rakaman video insiden kejar-mengejar turut tular di media sosial.

BACA>>> Pemandu Lalok Dadah Langgar Lampu Merah Punca 4 Beranak Maut
BACA>>> Kena Langgar Pemandu 'Stone' Dadah, Penunggang Melambung Atas Bumbung Bengkel

SUMBER: HarianMetro

Related

208
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dadah, Langkawi, peronda polis, polis kejar toyota avanza, Toyota Avanza, Toyota Avanza secara lawan arus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev