• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Golf R Mk8 (2022) Tiba di Malaysia, Harga RM356k!

Volkswagen Golf R Mk8 (2022) Tiba di Malaysia, Harga RM356k!

February 17, 2022 By Shawkath Leave a Comment

655
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUKAH anda, lebih 250,000 unit Volkswagen Golf R sudah dihasilkan dan dibeli peminat model itu seluruh dunia. Hot- hatch itu sememangnya disukai ramai kerana imej, karakter dan prestasi cemerlang di litar.

Bagi pasaran tempatan, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru saja melancarkan Golf R (2022) serba baharu yang dibikin lebih hebat dan berprestasi berbanding model terdahulu.
Berikut perincian Golf R (2022):

WARNA DAN HARGA

  • Ada tiga warna pilihan: Lapiz Blue (biru), Deep Black (hitam) dan Pure White (putih).
  • Dijual sebagai model import (CBU) pada harga asas RM356,412.85, tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran, fi pemeriksaan, nombor plat dan lain-lain.
  • Ada servis percuma 3 tahun tanpa had perbatuan, dan bantuan jalanan 5 tahun.

TRENKUASA

  • Trenkuasa dijana enjin 2.0 TSI berkuasa 315.6hp dan tork 400Nm, manakala transmisi jenis automatik DSG 7-kelajuan dengan kelajuan maksimum 250kmj.
  • Menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD) 4MOTION dengan ciri pemvektotan tork prestasi (Performance Torque Vectoring, PTV) yang berfungsi mengagihkan kuasa antara gandar depan dan belakang serta secara selektif dengan roda belakang.
  • Golf R ialah model pertama Volkswagen menggunakan PTV.
  • Dilengkapi Sistem Pengurusan Dinamik Kenderaan (VDN) yang disepadukan bersama sistem lain seperti Kunci Diferensial Elektronik (XDS), Kawalan Casis Dinamik (DCC) dan stereng progresif.

REKABENTUK LUARAN

  • Meneruskan tradisi identiti R dengan rekaan bampar baharu membabitkan ventilator udara dan difuser lebih agresif, serta dipadankan rim aloi Adelaide 19 inci.

  • Warna signatur biru Golf R jelas pada angkup brek, jalur biru pada ruang depan kereta, iluminasi jalur lampu dan pancaran logo R semasa pintu pemandu dibuka dan ditutup.

KABIN

  • Sistem audio Harman Kardon dengan 10 unit pembesar suara menawarkan kualiti akustik terbaik.
  • Ruang dalaman menampilkan konsep tona Carbon Grey (kelabu) dengan lencana dan sulaman abjad R di beberapa tempat.
  • Kerusi sportgaya premium dibalut material kulit Nappa, manakala kerusi dengan sokongan lumbar boleh dilaras elektrik.
  • Stereng sport dengan butang R berlatar warna biru. Jika ditekan, ia mengaktifkan mod Race. Ada pedal syif lebih besar untuk membantu menukar gear lebih baik.
  • Kokpit digital sebesar 10 inci bersama R-View (eksklusif Golf R) memaparkan data output, kuasa, agihan tork, tekanan cas, pemasa lap dan G-meter.
    Unit infotainmen digital 10 inci dilengkapi konektiviti sistem navigasi terbina dalam, Apple CarPlay dan  Android Auto wayarles.
  • Ada 30 pilihan warna lampu ambien.
  • Sistem penyaman udara 3-zon Climatronic untuk keselesaan maksimum.

KESELAMATAN

Golf-R (2022) juga hadir dengan pakej keselamatan terbaik untuk melindungi pemandu dan penumpang seperti berikut:

  • 6 beg udara
  • Bantuan Sisi Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Kamera undur
  • Sistem Brek Pasca-Pelanggaran Automatik
  • Sistem Amaran Pemandu
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
  • Sistem Maklum Balas Kemalangan Pintar (ICRS)
  • Brek Parkir Elektronik (EPB)
  • Sistem Penggera Anti-Kecurian
  • Sistem Perlindungan Penumpang Proaktif

BACA >>> Dacia Sandero Pintas VW Golf, Jadi Model Jualan Paling Laris Eropah
BACA >>> Volkswagen Golf R (2022) Debut dengan Kuasa 315hp, Mod Drift
BACA >>> Volkswagen Golf GTI Clubsport Ini Lebih Berkuasa daripada Golf GTI!
BACA >>> Kajian: Pembeli UK Suka Volkswagen Golf Hitam, Paling Popular 2019

Related

655
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Golf Mk8, R-View, Roda4, Volkswagen Golf R, Volkswagen Passenger Cars Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my