• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Golf GTI Clubsport Ini Lebih Berkuasa daripada Golf GTI!

Volkswagen Golf GTI Clubsport Ini Lebih Berkuasa daripada Golf GTI!

October 15, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Golf ialah ayam tambatan buat pengeluaranya. Model generasi kelapan (Mk8) itu dikeluarkan dalam pelbagai varian yang dapat memenuhi cita rasa pelanggan seperti GTI, GTE (hibrid plug-in) dan GTD (diesel). Itu belum dikira lagi bilangan enjin ditawarkan.

Satu keistimewaan Golf ialah kepintaran Volkswagen memposisikan model itu supaya sesuai dengan pelbagai ragam pelanggan sama ada varian asas yang dipandu setiap hari dan menjimatkan, atau pemanduan berprestasi seperti ditonjolkan melalui Golf GTI.

BACA >>> Volkswagen Golf R32 (2004) dengan Kondisi Bilik Pameran Dilelong RM259k!

Jika Golf GTI belum memadai, Volkswagen baru saja memperkenalkan Golf GTI Clubsport. Ini bukan varian baharu kerana generasi pertama sudah diperkenalkan pada 2016 sempena ulang tahun Golf GTI yang ke-40.

Golf GTI Clubsport terbaharu ini dikuasakan enjin 2.0L (EA888 evo4) yang sama seperti Golf GTI (243hp, 370Nm), tetapi berkuasa lebih tinggi, iaitu 298hp dan tork 400Nm. Enjin itu dipadankan transmisi 7-kelajuan DSG dengan sistem pacuan roda depan (FWD).

Dari segi pengendalian, Golf GTI Clubsport dilengkapkan ciri Pengurusan Dinamik Kenderaan (Vehicle Dynamics Manager, VDM) baharu. Teknologi ini sudah ada pada Golf GTI dan dipertingkatkan lagi untuk model ini dan disesuaikan untuk pemanduan trek, termasuk tetapan profil Litar Nürburgring.

Sistem VDM berfungsi mengintegrasikan kawalan diferensial kunci gandar-depan (front-axle locking differential), dan kunci diferensial elektronik (electronic differential locks, XDS), manakala Kawalan Casis Dinamik (DCC) dengan kawalan suspensi elektronik sebagai opsyen.

Dari depan, Golf GTI Clubsport tampil agresif dengan corak gril sarang lebah yang mendominasi bampar depan. Sisi kereta menyerlah dengan rekaan rim 18 inci, skirt lebih lebar dan profil badan rendah sebanyak 10mm.

BACA >>> Volkswagen Polo R WRC (2014), Model Polo Paling Berkuasa Ini Mahu Dijual RM109k

Bahagian belakang diserlahkan dengan spoiler dua lapis eksklusif dan Volkswagen menggantikan muncung ekzos bulat kepada bentuk bujur dan diposisikan di penjuru kanan dan kiri bampar. Spoiler depan dan belakang model ini bukan sekadar gaya, tetapi membantu secara signifikan dalam meningkatkan daya mendap (downforce) kereta.

Ruang kabin Golf GTI Clubsport dilengkapi kerusi sport premium dalam kemasan ArtVelours dengan ekstra sokongan untuk pemanduan prestasi di selekoh. Ciri lain ialah stereng sport kulit berliang dan beberapa kemasan dan riasan sporty.

Sebagai makluman, Golf GTI Clubsport S berkuasa 308hp yang dikeluarkan sebelum ini pernah memegang rekod kereta FWD terpantas di Nürburgring pada Mei 2016 dengan catatan masa 07:49:21 minit.

BACA >>> Volkswagen California 6.1 Beach - Van Kamper Khas untuk Kaki Jalan

GALERI
VW Golf GTI Clubsport.01
VW Golf GTI Clubsport.02
VW Golf GTI Clubsport.03
VW Golf GTI Clubsport.04
VW Golf GTI Clubsport.05
VW Golf GTI Clubsport.06
VW Golf GTI Clubsport.07
VW Golf GTI Clubsport.08
244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hatchback kompak, Hatchback Segmen-C, hot-hatch, Roda4, Volkswagen Golf, Volkswagen Golf GTI, Volkswagen Golf GTI Clubsport, vw

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
    Hon Suruh Rider Jalan, Pelakon Dakwa Kena Kejar Siap Ditunjuk Jari Tengah
  • SAV Terbabas Langgar Lopak Air Di LPT2, Warga Singapura Maut
    SAV Terbabas Langgar Lopak Air Di LPT2, Warga Singapura Maut
  • Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
    Polis Cari Pemandu Honda City Masuk Lorong Motosikal Lebuh Raya Persekutuan
  • Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut
    Corolla Rempuh Treler, 5 Beranak, Termasuk Bayi Lelaki Maut

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my