• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Silvia 180SX Curi dengan Ganjaran RM20k Jika Jumpa Ditemui Rentung di Kelantan

Silvia 180SX Curi dengan Ganjaran RM20k Jika Jumpa Ditemui Rentung di Kelantan

February 16, 2022 By Farah Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


USAHA seorang pemilik Nissan Silvia 180SX mencari keretanya yang hilang di Kepong, Kuala Lumpur berakhir dengan kedukaan apabila model sport, yang turut dikenali sebagai S13 itu ditemui hangus terbakar di Kelantan.

Polis menerima laporan penemuan rangka kereta itu di laluan masuk Sekolah Kebangsaan Kampung Tasek, Sungai Petai, Pasir Puteh, Kelantan kira-kira jam 11 pagi tadi.

BACA >>> Mazda Miata (MX-5) - Pemilik Buktikan Kereta Sport Jepun Mampu Redah Laluan 4x4

Semakan polis mendapati kereta hangus terbakar itu dipercayai dicuri sekitar Kepong sebelum dibakar di lokasi yang jauh dari pandangan umum di daerah tersebut. Berdasarkan nombor casis, kereta mangsa dilaporkan hilang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kepong semalam dan ditemui hangus sepenuhnya.

Menurut polis yang menyoal siasat pengawal keselamatan di sekolah situ, dia menyaksikan kebakaran pada jam 6 pagi, tetapi tidak melaporkan insiden tersebut kepada sesiapa. Jadi tiada saksi awam lain yang sedar dan mengetahui bagaimana kereta tersebut boleh berada di lokasi kejadian.

Sementara itu, pemilik Louis Lai mengesahkan Silvia 180SX terbakar di Kelantan itu adalah keretanya. Beritahunya, kereta tersebut diparkir di kawasan rumahnya di Kepong sebelum hilang pada pagi esok.

BACA >>> 300 Unit Acura NSX Type S (2022) Habis Ditempah Dalam 24jam!

Terdahulu, tular foto beberapa laman Facebook yang menguarkan kehilangan tersebut dengan Louis menawarkan ganjaran hingga RM20,000 kepada sesiapa yang dapat menemui kenderaan tersebut. Malah lokasi juga dapat dikesan, iaitu menghala ke Kelantan.

Silvia 180SX bernilai tinggi di pasaran peminat model sport 90-an dengan harga semasa mampu mencecah RM100,000. Istimewa lagi, model itu hanya dikeluarkan di Jepun antara 1989 dan 1993.

BACA>>> 8 Kereta JDM Oldskool Berusia 25 Tahun yang Sentiasa Jadi Buruan
BACA>>> Polis: 'Mazda Kembar' di Bangi Bukan Klon, Tapi Kereta Curi

SUMBER: Kosmo

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Nissan Silvia 180SX, Nissan Silvia 180SX kena curi, Nissan Silvia 180SX terbakar, Nissan Silvia 180SX terbakar di kelantan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev