• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Parkir Lebih Setahun, Caj Cecah Lebih RM14k, Polis Buru Pemilik HR-V

Parkir Lebih Setahun, Caj Cecah Lebih RM14k, Polis Buru Pemilik HR-V

February 16, 2022 By Farah Leave a Comment

844
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GARA-gara meletakkan kenderaan lebih setahun di parkir kenderaan Terminal Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti NGurah Rai, Bali, Indonesia, seorang pemilik Honda HR-V dikenakan caj parkir lebih Rp50 juta (RM14,640).

Jurucakap lapangan terbang, Taufan Yudhistira berkata, kenderaan utiliti sukan (SUV) itu diparkir pada 29 November 2020 dan masih berada di tempat sama hingga kini.

Sudah 15 bulan kenderaan itu tidak dialihkan dan kini sudah jadi macam 'besi buruk'," katanya kepada Kompas.com.

Menurutnya lagi, pihak lapangan terbang tidak mengetahui identiti pemilik kenderaan itu dan sedang mencari maklumat mengenai pemiliknya termasuk menghubungi polis untuk membantu mencari pemiliknya.

Sehingga kini, tiada mana-mana pihak tampil mengambil atau mengalihkan kenderaan tersebut. Sudah terlalu lama kereta itu tersadai.

"Kami bimbang sekiranya berlaku kecurian melibatkan bahagian kereta tersebut dilakukan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

Pihak lapangan terbang berharap tiada individu yang menjadikan kawasan parkir di situ sebagai tempat 'membuang atau menyembunyikan' kenderaan kerana jumlah parkir terhad dan boleh menyusahkan pengguna lain.

BACA>>> Parkir Termahal Dunia, Baru Sejam Parkir Sudah Kena Caj Lebih RM5k!
BACA>>> Lingkaran Dr Strange Muncul di Parkir KL dan Lenyapkan Seorang Lelaki Jadi Misteri

SUMBER: Kompas

Related

844
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, berita global, Honda HR-V, hrv, HRV parkir mahal di Bali, Lapangan Terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti NGurah Rai, lapangan terbang bali, Parkir mahal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev