PERODUA Global Manufacturing Sdn Bhd (PGMSB) mencipta sejarah apabila telah 'melahirkan' sebanyak 250,000 unit kenderaan sejak ia mula beroperasi pada Ogos 2014.
Daripada jumlah berkenaan, 85 peratus ialah model Perodua Axia manakala selebihnya adalah Bezza (sejak Jun 2016).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, ini adalah pencapaian bersejarah buat PGMSB yang telah bekerja keras untuk memastikan permintaan pengguna ditepati.
Tambah Aminar, pihaknya ingin berterima kasih kepada orang ramai yang sentiasa menyokong dan Perodua akan terus meningkatkan lagi operasi pengeluaran bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik.
BACA >>> Ketahui 12 Fakta Menarik Sebelum Mahu Beli Perodua Bezza (2016)
BACA >>> PANDU UJI: Perodua Axia (2014)
KILANG EEV PERTAMA DI MALAYSIA
PGMSB ditubuhkan pada 26 Februari 2013 adalah inisiatif Perodua untuk menjadi jenama automotif berdaya saing di peringkat global.
Lebih hebat, PGMSB diiktiraf sebagai kilang pengeluaran kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia dan memiliki 2,150 kakitangan.
Syabas Perodua!
Saga3 says
Tahniah Perodua.. Semoga lebih berdaya maju dimasa hadapan