• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / CFMoto 700CL-X Sport (2022) Kini di UK, Harga RM39k

CFMoto 700CL-X Sport (2022) Kini di UK, Harga RM39k

February 9, 2022 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


Roadster gaya cafe racer baharu, 700CL-X Sport (2022) baru saja dilancarkan di pengedar seluruh Britain yang kali pertama ditayangkan di Motorcycle Live Show di Pusat Pameran Kebangsaan (NEC) tahun lalu.

Sama seperti versi konsep, model pengeluaran itu nyata menarik dipandang yang berkongsi platform Heritage dengan diberikan perubahan gaya, komponen dan grafik.

cfmoto-700clx-sport-uk-2
cfmoto-700clx-sport-uk-1

BACA >>> CCM Heritage ’71 (2022) Edisi Khas dengan Casis Titanium Penuh, Harga RM164k!

Berikut fakta mengenai 700CL-X Sport (2022):

  • Dijana enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris 693cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 75hp @ 8,500rpm dan tork 68Nm @ 6,500rpm.
  • Casis jenis trellis tiub keluli, dan bar hendal clip-on.
  • Sistem ambilan dioptimumkan untuk menambah baik aliran udara bagi mendapatkan kuasa rev lebih pantas dan respons terotel lebih tepat, sekali gus memudahkan pecutan, termasuk  ketika memotong.
  • Menggunakan komponen piston ringan dan saduran karbon (DLC) untuk meminimumkan geseran.
  • Bentuk X yang diukirkan pada penutup enjin meningkatkan estetika jentera.
  • Ada dua mod tunggangan: Sport dan Eco dan dilengkapkan sistem klac antigelincir CF-SC.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) KYB 41mm di depan dan monoshock (belakang). Kedua-dua jenis boleh laras prabeban.
  • Menggunakan brek cakera kembar Brembo Stylema 300mm di depan dan cakera tunggal 300mm di belakang serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Tinggi pelana 795mm, jarak lega bumi  160mm, berat kerb 205kg, kapasiti tangki petrol 13 liter.
  • Didatangkan dalam dua warna, Nebula White (putih) dan Velocity Grey (kelabu) pada harga atas jalan £6,999 (RM39,760), lebih mahal kira-kira £600 (RM3,410) daripada saudaranya Heritage yang berkonsepkan retro.

BACA >>> CFMoto Sertai Moto3 Musim Depan
BACA >>> CFMoto Bikin Kejutan, Dedah Jentera Konsep Super Sport SR C21 (2022)

cfmoto-700clx-sport-uk-1
cfmoto-700clx-sport-uk-2
cfmoto-700clx-sport-uk-3
cfmoto-700clx-sport-uk-4
cfmoto-700clx-sport-uk-5
cfmoto-700clx-sport-uk-6
cfmoto-700clx-sport-uk-7
cfmoto-700clx-sport-uk-8
cfmoto-700clx-sport-uk-9
cfmoto-700clx-sport-uk-10
cfmoto-700clx-sport-uk-11
cfmoto-700clx-sport-uk-12
cfmoto-700clx-sport-uk-13
cfmoto-700clx-sport-uk-14
cfmoto-700clx-sport-uk-15
cfmoto-700clx-sport-uk-16
cfmoto-700clx-sport-uk-17

SUMBER: VisorDown

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Cafe racer, cfmoto, CFMoto 700CL-X Sport (2022), CRMoto, roadster, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev