KTM memperkenalkan naked middleweight 890 Duke R (2022) yang mungkin menghampakan harapan ramai peminat kerana tiada perubahan signifikan ditampilkan selain seragam baharu.
890 Duke R (2022) kini hadir dengan warna baharu Atlantic Blue, iaitu tona biru kusam mirip 1290 Super Duke R dan tiada harga diumumkan setakat ini.
Berikut perincian 890 Duke R (2022):
- Digelar The Super Scalpel, dengan frem keluli tubular dan rim jingga, termasuk beberapa aksen pada badan.
- Trenkuasa 4-lejang dwi-silinder sebaris 889cc penyejukan cecair/minyak dengan teknologi suntikan bahan api (FI), berkuasa 121hp dan tork 99Nm.
BACA >>> KTM 890 Duke Tech 3 Limited Edition (2021) dengan Seragam Gaya MotoGP, Harga RM57k!
- Kotak gear klac manual 6-kelajuan dengan sistem klac antigelincir (PASC) untuk tukaran gear lebih lancar dan selamat.
- Lampu depan jenis LED, termasuk lampu siang (DRL).
- Sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD) dan monoshock WP Apex boleh laras.
BACA >>> #Spyshot: KTM RC 990 Serba Baharu Jadikan Panigale V2 Sebagai Penanda Aras?
- Sistem brek cakera 320mm dengan kaliper 4-piston di depan, dan cakera 240mm dengan kaliper piston tunggal (belakang).
- Ciri lain dibekalkan ialah silinder master Brembo MCS boleh laras, mod tunggangan Rain, Street, Sport dan Track (opsyen), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Belok dengan mod Supermoto, Kawalan Traksi Belok dan Anti-Wheelie.
BACA >>> Penunggang Australia Buat Wheelie Boleh Kena Kompaun, Motosikal Dilelong
- Rim aloi 17 inci dibalut tayar Michelin Power Cup 2.
- Tinggi pelana 834mm, dan jarak lega bumi 206mm. Berat kering 166kg, dan kapasiti tangki minyak 14 liter.
- KTM juga kini sedang bersiap sedia memperkenalkan varian baharu, 890 Duke GP, dijangka diperkenalkan pada 22 Februari ini.
SUMBER: MotorBeam
Leave a Reply