PENGGUNA lebuh raya utara dan selatan (PLUS) yang mahu kembali ke Lembah Klang bermula hari ini (4 Februari) hingga Ahad nanti (6 Februari) dinasihatkan mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS).
Dalam jadual dikeluarkan itu, pengguna disarankan memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.
BACA>>> Jadual Waktu Perjalanan (TTA) Tahun Baharu Cina untuk Pengguna Lebuh Raya PLUS
Ketua Pegawai Operasi (COO) PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam kenyataan media berkata, hari kedua Tahun Baharu Cina pada 2 Februari lalu menyaksikan lonjakan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari semua negeri.
Lonjakan trafik dijangka berulang esok (Sabtu) dan Ahad ini kerana masih ramai mengambil cuti tambahan sempena cuti sekolah.
Kami menggesa orang ramai supaya merancang perjalanan pulang yang selamat dengan merujuk kepada TTA yang sudah dikeluarkan."
Pengguna juga diminta memastikan baki kad Touch 'n Go (TnG) atau TnG e-Wallet (untuk transaksi RFID) mencukupi untuk menikmati perjalanan yang selesa di plaza tol selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 ketika berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) atau Hentian Sebelah.
Pengguna juga dinasihatkan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebuh raya.
BACA>>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Pemanduan Selamat (Sempena Cuti Banyak Awal Tahun)
BACA >>> #ApaNakBuat: Waze Ada Fungsi untuk Elak Tertinggal Anak dalam Kereta
Leave a Reply