• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Saman 44 Pemandu Kenderaan Berat Guna Lebuh Raya Waktu Puncak

Polis Saman 44 Pemandu Kenderaan Berat Guna Lebuh Raya Waktu Puncak

January 27, 2022 By Shawkath Leave a Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SERAMAI 44 pemandu kenderaan berat disaman kerana menggunakan laluan lebuh raya sekitar Lembah Klang pada waktu puncak.

Semua pemandu terlibat dikenakan tindakan dalam Op Lancar dilakukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), hari ini.

BACA >>> JPJ Bukan Cover Lori Balak, Tapi Iring Supaya Tak Lari
BACA >>> Drebar Lori Tangki Potong Q Serah Diri, 9 Pemandu Lagi Masih Buat Dek

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JSPT Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, larangan itu sudah berkuat kuasa sejak 10 tahun lalu, tetapi ramai pemandu kenderaan berat berdegil dengan memberikan pelbagai alasan, termasuk tidak tahu mengenai larangan memandu di lebuh raya pada waktu puncak.

Sebagai makluman, kenderaan berat dengan Berat Tanpa Muatan (BTM) 10,000kg ke atas tidak dibenarkan menggunakan lebuh raya bermula jam 6 pagi hingga 9.30 pagi.

Tahun lalu, 2,385 saman dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan berat kerana gagal mematuhi larangan dikuatkuasakan. Pada 2020, 1,458 saman dikeluarkan, iaitu peningkatan sebanyak 927 saman.

Larangan dikuatkuasakan itu bertujuan membantu melancarkan aliran trafik pada waktu puncak selain membantu mengurangkan kemalangan jalan raya.

BACA >>> JPJ: Jangan Bawa Kayu Penyendal Bawah Lori!


SUMBER: HMetro

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Dr. Bakri Zainal Abidin, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, JSPT Bukit Aman, Op Lancar, Pemandu Kenderaan Berat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev