• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Luar Biasa! 2,000 Unit Polestar 2 Ditempah dalam Masa 2 Jam Sahaja di Korea!

Luar Biasa! 2,000 Unit Polestar 2 Ditempah dalam Masa 2 Jam Sahaja di Korea!

February 11, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

942
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


Kenderaan elektrik (EV) buatan Tesla kerap dilaporkan mendapat sambutan hangat dan kali ini giliran Polestar, iaitu subsidiari Geely dan Volvo dengan menerima sambutan luar biasa di Korea Selatan yang mana tempahan Polestar 2 mencecah 2,000 unit dalam masa dua jam!

Secara keseluruhan, lebih 4,000 unit tempahan liftback tersebut diterima dalam masa seminggu.

BACA >>> [SIRI 1] Cerita Benny & Toyota Celica GT2000 Liftback: Teruja Bawa Balik Retro Jepun 70-an
BACA >>> [SIRI 2] Cerita Benny & Toyota Celica GT2000 Liftback: Modifikasi Penuh Anggun

Polestar diperkenalkan secara rasmi pada 18 Januari lalu di Korea Selatan dengan tempahan dibuat menerusi laman web syarikat berserta deposit AS$840 (RM3,530).

Sebagai syarikat baharu, Polestar mula melebarkan langkah dan Korea Selatan ialah pasaran global ke-19. Walaupun baru bertapak, Polestar mempunyai sejarah menarik. Nama ini cukup dikenali dalam kalangan peminat sukan permotoran kereta touring dan Volvo.

Pada 2017, Volvo mengumumkan Polestar akan mengeluarkan EV premium di bawah jenama sendiri. Polestar asalnya ialah syarikat bebas sebelum dibeli Volvo pada 2015. Tidak menunggu lama, coupé premium Polestar 1 diperkenalkan pada 2017 sebelum disusuli Polestar 2 pada 2019.

Berikut maklumat tentang Polestar2:

  • Harga di Korea Selatan bermula 54.9 juta won (RM192,050).
  • Model Korea Selatan mempunyai kuasa 300kW (408hp) dengan jarak pemanduan 417km.
  • Di Eropah ada tiga pilihan kuasa: Long Range Dual Motor (300 kW), Long Range Single Motor (170 kW) dan Standard Range Single Motor (165 kW).
  • Mampu menunda beban hingga 1.5 tan.

  • Tempoh mengecas 35 minit (10-80 peratus dengan pengecas pantas) dan 8 jam (pengecas biasa).
  • Kelajuan maksimum 205km, manakala  pecutan 0-100kmj sepantas masa 4.7 saat.
  • Didatangkan dengan waranti lima tahun dengan jarak perbatuan 100,000km.

Polestar mahu melabur 50 bilion won (RM174.8 juta) hingga 2024 bagi membangunkan sepuluh pusat pelanggan di pelbagai lokasi seperti Seoul, Gyeonggi, Hanam, Busan dan Jeju. Aspek penyenggaraan pula, ada 31 pusat servis di Korea Selatan.

Sebagai sebuah syarikat global, Polestar mahu berada di sekurang-kurangnya 30 pasaran dunia menjelang 2023 dengan menjual 290,000 unit kenderaan menjelang 2025.

Pada 2021, Polestar berjaya mencapai sasaran jualan 29,000 unit kenderaan, meningkat 185 peratus!

BACA >>> Polestar Buka Kilang Pemasangan Kereta Elektrik Premium di China
BACA >>> Polestar 2 - Kereta Elektrik yang Mampu Tunda Muatan Seberat 1.5 Tan!

Related

942
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, EV, Kenderaan Elektrik (EV), kereta elektrik, Korea Selatan, Liftback, Polestar, Polestar 2, Roda4, Volvo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my