• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Apa Jadi Jika Nombor Plat Malaysia Ikut Macam Jerman?

Apa Jadi Jika Nombor Plat Malaysia Ikut Macam Jerman?

January 26, 2022 By Han Othman 3 Comments

6.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CADANGAN mengenai nombor plat standard untuk semua jenis kenderaan di Malaysia sudah lama diusulkan (boleh Google). Ketika banyak negara dunia sudah lama atau mula melaksanakan nombor plat dengan saiz dan jenis fon yang seragam, negara kita masih tiada hala tuju dan kesungguhan untuk merealisasikannya.

Agak mustahil agensi Kerajaan dan sesiapa saja yang ada kaitan dengan pengangkutan tidak tahu mengenai manfaat dan kelebihan menggunakan nombor plat standard kerana sudah banyak negara melaksanakannya.

BACA >>> Nombor Pendaftaran DDV 1 Dibida RM250,000!
BACA >>> Indonesia Bakal Guna Putih Sebagai Warna Latar Nombor Plat Kenderaan

Kami senaraikan beberapa manfaat jika menggunakan nombor plat standard:

  • Mengurangkan kes kecurian kenderaan kerana nombor digunakan identik dengan pemilik kenderaan dan tempat pendaftaran.
  • Mengurangkan kes jenayah yang menggunakan nombor palsu untuk penyamaran.
  • Memudahkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya menerusi pengecaman kamera litar tertutup (CCTV), kamera perangkap halaju, dan kamera pemuka (dashcam).
  • Menambah pendapatan agensi Kerajaan jika pembelian nombor plat diwajibkan dibuat di Jabatan Kerajaan, atau agensi yang dilesenkan pihak berkuasa.

APA JADI KALAU KALAU IKUT PLAT JERMAN?

Kami ambil contoh nombor plat digunakan pemilik kenderaan di Jerman yang kami rasa menarik dan terbaik untuk dilaksanakan di Malaysia.

  • WARNA KHAS: Warna khas boleh dikhusukan untuk pemilik tertentu, misalnya merah untuk orang kekurangan upaya (OKU) dan hijau untuk kenderaan elektrik (EV). Boleh juga disediakan warna khas untuk pemandu warga emas.

  • Antara kelebihan warna khas ini adalah memudahkan akses parkir untuk golongan tersebut. Tidak perlu lagi guna pelekat yang mungkin boleh disalahgunakan selain memudahkan kerja pihak berkuasa kerana dari jauh sudah boleh dicam.
  • Di sebalik warna khas itu mungkin boleh dibenamkan cip keselamatan yang boleh diimbas.

  • PLAT NEGERI+DAERAH: Pendaftaran kenderaan dapat dibuat lebih spesifik. Seperti plat di atas, kereta tersebut didaftarkan di Selangor (B) di daerah Shah Alam (SA).
  • Ini memudahkan agensi Kerajaan memperincikan pendaftaran kenderaan, sekali gus merancang urusan trafik, dan pembangunan infrastruktur.
nama-nombor-plat-1
nama-nombor-plat-2
  • HURUF+NOMBOR PILIHAN: Memandangkan orang Malaysia suka dengan nombor yang ada kena-mengena dengan nama sendiri, nombor plat baharu ini memberikan pilihan kepada pengguna memilih huruf dan nombor pilihan tanpa perlu membuat bidaan yang menghabiskan duit.
  • Syaratnya, huruf dan nombor mestilah tidak lebih lima (contoh). Pengguna boleh memilih 3 huruf dan 2 nombor seperti di atas (AMY 27), atau 2 huruf dan 3 nombor (MU 868).
  • Nama AMY boleh saja digunakan pengguna lain asalkan tidak sama nombor (contoh: AMY 46). Malah AMY 27 masih boleh digunakan pengguna negeri lain. Contoh: KAS AMY 27 (KKS untuk kereta dari Kedah dalam daerah Kota Setar)

  • LOGO KHAS: Ini dikhaskan untuk kenderaan VIP seperti Majistret, Ahli Parlimen, DYMM,  dan seumpamanya. Atau boleh juga diwujudkan logo khas untuk kenderaan komersial dan pengangkutan awam seperti bas, traktor, teksi dan lain-lain.

BACA >>> JPJ Beri Izin Lapor Jika Nampak Ada Kenderaan Guna Nombor Plat 'Fancy'

Buat nombor plat standard bukanlah teknologi sains roket. Rasanya tak perlu pun buat ujian pilot macam RFID. Apa diperlukan adalah kesungguhan mereka yang diberikan kuasa. Bayangkan berapa banyak manfaat yang dapat diperoleh dengan melaksanakan nombor plat standard ini.

Related

6.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Nombor Plat Standard

Comments

  1. Dr Snizam says

    January 27, 2022 at 8:23 AM

    sila cuba lagi, tak nampak pun kepentingan & kelebihan 'plat jerman' ni. Manfaat yang disenarai tak membantu menambah baik malah sistem plat Malaysia sekarang lebih bersistematik & membantu penguatkuasaan undang2

    Reply
    • AO says

      February 21, 2022 at 12:32 AM

      Hahahah. Jenayah dan kemalangan di Jerman (yang lebih ramai penduduk) jauh lebih rendah daripada Malaysia. Sila cuba lagi ye dr.

      Reply
  2. MRZ says

    January 30, 2022 at 1:51 PM

    Dia kalau tak mendatangkan keutungan pada orang politik dan kroni mana mau dia buat.. Cuba kalau ada "komisyen" laju jer diorang buat kerja. Tgk jer la ker nak implement RFID ni. Siapa di belakang projek tu..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev