• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nombor Pendaftaran DDV 1 Dibida RM250,000!

Nombor Pendaftaran DDV 1 Dibida RM250,000!

September 25, 2020 By Azizi H Leave a Comment

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan merekod kutipan bidaan mencecah RM1.98 juta melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) melibatkan nombor siri pendaftaran kenderaan DDV.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, bidaan yang dibuka lima hari bermula 17 September lalu itu melebihi sasaran awal RM1.5 juta dan menjadi kutipan tertinggi siri nombor pendaftaran di Kelantan.

Menurutnya, nombor pendaftaran DDV 1 mendapat bidaan tertinggi, iaitu RM250,000, melibatkan 11 pembida dan menjadi harga bidaan JPJeBID tertinggi bagi seluruh negara, setakat tahun ini.

Berikut senarai nombor bidaan tertinggi lain selepas DDV 1:

  • DDV 8 - RM61,000
  • DDV 9 - RM60,000
  • DDV 5 - RM58,888
  • DDV 2 - RM50,000
  • DDV 3 - RM47,000
  • DDV 6 - RM45,000
  • DDV 7 - RM41,000
  • DDV 11 - RM33,000
  • DDV 111 - RM33,000

Hanif berkata, ada 263,631 pengguna berdaftar dengan JPJeBid untuk siri tersebut, melibatkan 1,909 pembida, tetapi hanya 963 pembida berjaya.

Mana-mana nombor pendaftaran yang berjaya dibida mesti didaftarkan pada sebuah kenderaan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh surat tawaran dikeluarkan di pejabat JPJ Negeri atau cawangan. Baki nombor pendaftaran tidak dibida pula akan dibuka kepada umum untuk dibeli orang awam pada harga minimum.

Harga bidaan mengikut kategori ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Nombor bernilai utama - RM20,000
  • Nombor menarik (dua digit) - RM3,000
  • Nombor menarik (tiga digit) - RM2,500
  • Nombor menarik (empat digit) - RM2,000
  • Nombor popular - RM500
  • Nombor semasa - RM300

Orang awam yang berminat mendapatkan baki nombor pendaftaran boleh berurusan di pejabat JPJ Negeri atau cawangan. Juga disarankan memiliki ID mySIKAP awam untuk mendapatkan senarai nombor semasa yang masih belum didaftarkan sebelum buat pembelian secara atas talian.

BACA >>> Nombor Pendaftaran PPD Beri JPJ Pulau Pinang RM1.1 Juta! PPD1 Dibida RM120k
BACA >>> JPJ Mahu Kaji Semula Undang-Undang Berbasikal di Jalan Raya

SUMBER : Bernama

87
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Bidaan Nombor Pendaftaran, Hanif Yusabra Yusuf, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Jabatang Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, JPJeBid, nombor pendaftaran, nombor plat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Kompilasi Komen Pembaca yang Bengang dengan Kualiti Pusat Servis Proton
    Kompilasi Komen Pembaca yang Bengang dengan Kualiti Pusat Servis Proton
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing
    Yamaha Vietnam Tayang Model Konsep 'Waisuku' yang Lebih Futuristik dan Langsing

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my