PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan pengguna lebuh raya merancang lebih awal perjalanan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi dengan merujuk Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan.
Menurut PLUS, jumlah trafik harian dijangka meningkat daripada 1.4 juta kepada 1.6 juta kenderaan bagi tempoh 28 Januari hingga 6 Februari ini sempena musim perayaan nanti.
Ketua Pegawai Operasi (CEO) PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dalam kenyataan media menasihatkan pengguna menggunakan jadual TTA bagi mengurangkan kesesakan lebuh raya. Berikut jadual perjalanan dikongsikan:
- Pengguna dari Lembah Klang ke utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak) dinasihatkan memasuki lebuh raya sebelum jam 10.00 pagi, termasuk pengguna ke Johor, atau arah selatan.
- Pengguna berhampiran Lembah Klang dan negeri lain diminta memasuki lebuh raya selepas jam 1.00 tengah hari.
- Pengguna dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, Johor dan negeri lain ke Lembah Klang digalakkan keluar sebelum jam 9 pagi.
Pengguna juga dinasihatkan memandu dengan selamat dan berwaspada ketika cuaca buruk, termasuk mendapat rehat dan tidur mencukupi sebelum memulakan perjalanan.
Jika berlaku sebarang kejadian, pasukan PLUSRonda juga sentiasa bersiap siaga membantu dan boleh dihubungi menerusi talian PLUSLine, 1800-88-0000.
Bagi mendapat kemas kini trafik terkini, pengguna boleh menyemak kamera litar tertutup (CCTV) perancang perjalanan Aplikasi PLUS, Twitter PLUSTrafik dan P.U.T.R.I (PLUS Unique Texting Realtime Interface) serta papan tanda elektronik di lebuh raya.
BACA>>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Pemanduan Selamat (Sempena Cuti Banyak Awal Tahun)
BACA>>> #TahukahAnda: Memandu Pakai Selipar (Walaupun 'Muslim Friendly') Boleh Kena Saman?
SUMBER: Bernama
Leave a Reply