• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kemenangan untuk Netizen! PLUS Akan Kembalikan Lorong SmartTAG

Kemenangan untuk Netizen! PLUS Akan Kembalikan Lorong SmartTAG

January 20, 2022 By Han Othman 5 Comments

21.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS teruk dikritik pengguna lebuh raya dan warga maya, termasuk mendapat perhatian Perdana Menteri,  PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akhirnya mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di beberapa plaza tol di bawah pengendali itu berikutan pelaksanaan bayaran tol menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

PLUS dalam kenyataan berkata, pengaktifan semula lorong SmartTAG itu dibuat bagi mengatasi beberapa isu dan rungutan dibangkitkan pengguna SmartTAG berikutan penutupan lorong SmartTAG di plaza tol berkenaan.

BACA >>> Kerajaan Gesa Konsesi Beri Pilihan RFID, SmartTAG dan TnG untuk Tol Lebuh Raya

Justeru PLUS memutuskan akan mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum 25 Januari ini untuk kelancaran trafik menjelang Tahun Baharu Cina.

Kemudian, pada 19 Februari depan, 24 lorong SmartTAG akan diaktifkan di 18 plaza tol.

Terdahulu, PLUS pada 15 Januari lalu, mula melaksanankan sistem RFID di plaza tol sepanjang Lebuhraya Utara Selatan. Namun, pada Isnin, situasi bertukar kucar-kacir apabila berlaku kesesakan teruk di beberapa plaza tol sekitar Lembah Klang kerana PLUS menutup lorong SmartTAG.

Malah, lorong RFID yang dibuka juga tidak beroperasi lancar seperti dirancang hingga mengundang campur tangan  Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri tampil menegur ketidakcekapan PLUS.

PLUS kemudian memberi jaminan akan meningkatkan sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol bagi membolehkan kenderaan melalui lorong RFID dengan lebih pantas. Palang tol berganda yang lebih pantas akan dipasang di plaza tol dengan jumlah trafik tinggi bagi meudahkan kenderaan melepasi lorong tersebut dengan lancar.

BACA >>> Najib: Kos Pelekat RFID Murah Saja, Kenapa Jual RM35?
BACA >>> Selepas Teguran Terbuka Najib, LLM Mahu Jumpa PLUS, TnG Bincang Harga Pelekat RFID

TAG PERCUMA JIKA ROSAK

Dalam perkembangan lain, pembantu khidmat pelanggan PLUS akan memberi kupon Touch 'n Go (TnG) kepada pelanggan yang mengalami masalah pengesanan RFID di lebuh raya PLUS. Pelanggan boleh terus ke mana-mana 24 Pusat Pemasangan Tag RFID di lebuh raya PLUS atau 35 lagi lokasi di luar lebuh raya itu untuk pemeriksaan.

Jika tag didapati rosak, pihak TnG akan menggantikan tag itu secara percuma.

PLUS juga akan terus bekerjasama dengan TnG untuk meningkatkan bilangan pusat pemasangan RFID bagi memastikan pemasangan tag yang betul oleh ejen pemasangan terlatih.

BACA >>> PLUS Hargai Respons Pengguna, Sedang Usaha Pertingkat Kelancaran RFID

Related

21.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), PLUS Malaysia Berhad, RFID, SmartTag, Touch 'n Go (TNG)

Comments

  1. Pari says

    January 21, 2022 at 11:08 AM

    Biar semua tol ada jenama Dan perkongsian jenama...contoh TnG 1@2 lorong...smartag 1@2 lorong...RFID 1@2 lorong....TNG smartag 1@2 lorong dan RFID smartag 1@2 lorong...jadi pengguna boleh buat pilihan Dan kesesakkan dapat diatasi...ini pendapat saya. Pasti pengguna jalaraya senang hati.

    Reply
  2. Mohd ismail says

    January 22, 2022 at 1:21 AM

    Kan senang kekalkan sahaja lorong smartTag.Buat saja pembaharuan pengguna akan bijak beralih pada yang terbaik.seperti zaman kemunculan Tng dan smartTag akhirnya lorong tunai terkubur jugak...Bukan pengunq ini anti sangat dengan pembaharuan,cuma bagi la ruang dan kesempatan kami yang penguna lebuh raya kat malaysia yang tercinta ini masa.Mungkin tidak dari kami,..esok lusa tidak pasti..Yang pasti anak cucu kami pasti akan beralih pada RFID.Akhir sekali tahniah kepada Plus Malaysia meletakan Lebuh raya di malaysia antara yang terbaik di dunia walau ada lompong-lompong siket..Maaf jika terkasar bahasa... mklum la orang kampung..t.kasih.

    Reply
  3. Ariff Omar says

    January 22, 2022 at 5:13 PM

    I like to use RFID, fast and efficient. Let the teething issue be solved quickly to bring our highway mgmt system to the next level

    Reply
  4. Lan says

    January 23, 2022 at 8:59 PM

    Alhamdulillah..nyaris smart tag perodua bagi nak jadi tukun

    Reply
  5. Yusof says

    May 12, 2022 at 8:16 PM

    TnG lepas tangan dalam menangani isu pin yang gagal di credit kedalam app ewallet tng.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev