KERAJAAN memutuskan konsesi lebuh raya harus memberi pilahan kepada pengguna sama ada mahu terus menggunakan SmartTAG, Touch 'n Go (TnG) atau Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk bayaran tol.
BACA >>> Tak Rela Dikecam, PLUS Malaysia Tutup Semua Komen Facebook Pasal RFID!
BACA >>> Plaza Tol Sesak Teruk Gara-Gara RFID, Netizen Lepas Geram di Media Sosial
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata;
Sekarang kita mahu memperkenalkan RFID untuk percepatkan laluan, tiada 'gate' (palang) dan sebagainya. Cadangan itu bagus tetapi dari segi pengguna, mereka mesti diberi pilihan sama ada nak guna RFID, TnG atau SmartTAG."
"Kalau ada 10 lorong, mungkin beberapa lorong untuk RFID dan bakinya masih lagi untuk TnG dan SmartTAG. Kita tidak mahu ada tekanan kepada pengguna lebuh raya."
Menurut Perdana Menteri, Kementerian Kerja Raya (KKR) diarahkan menghubungi syarikat konsesi terbabit bagi memaklumkan keputusan Kabinet. Selain itu, keputusan bayaran perlu dirujuk kepada Kabinet.
Keputusan tersebut jelas reaksi segara diambil Kerajaan terhadap kritikan kuat terhadap perlaksanaan RFID yang mencetuskan kemarahan pengguna berikutan kesesakan teruk di beberapa lebuh raya seperti di Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Bandar Seri Putera.
Kesesakan luar biasa itu terjadi akibat kegagalan sistem RFID mengesan secara lancar selain terdapat pemandu yang tidak tahu lorong TnG dan SmartTAG sudah ditukarkan kepada lorong RFID.
Lebih parah, pengguna lebuh raya meluahkan kemarahan mereka dengan membanjiri laman Facebook Perdana Menteri dan PLUS hingga memaksa pengendali lebuh raya itu menutup ruang komen.
BACA >>> Tak Dapat Komen PLUS, Netizen Serang Status Lama FB Perdana Menteri
BACA >>> Selepas Teguran Terbuka Najib, LLM Mahu Jumpa PLUS, TnG Bincang Harga Pelekat RFID
BACA >>> Najib: Kos Pelekat RFID Murah Saja, Kenapa Jual RM35?
Yusof says
Seharusnya kutipan tol tidak lagi mengunakan sistem yang sedia ada sekarang sebab jaringan jalan tol sudah melebihi 3000km. Seharusnya sistem free flow multi lane tolling system sudah di kenalkan sepuluh tahun lalu. Kenapa terlalu susah untuk di implemantasikan dan harus menciptakan satu sistem yang tidak efficient. Ini gara gara ketirisan dan monopoli sesebuah syarikat yang rakus dengan keuntungan tampa memikir keselesaan rakyat dan kepentingan Negara.
Mas says
PM perlu campur tangan. Mudahkan rakyat bukan susahkan. Tentu saja permintaan marhaen tidak akan dipandang serius oleh plus kerana wang lebih utama bagi mereka. Wang untung untung untung menjadi buruan mereka.