• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Walaupun Kereta Atas Nama Isteri, Suami Boleh Tuntut Harta Sepencarian?

Walaupun Kereta Atas Nama Isteri, Suami Boleh Tuntut Harta Sepencarian?

January 19, 2022 By Farah 1 Comment

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP pasangan berumah tangga pasti mengharapkan perkahwinan kekal hingga ke hujung nyawa. Namun, kita tidak dapat mengelak takdir jika berlaku perpisahan, sama ada perceraian atau kematian.

Apabila berlaku perpisahan, isu selalu dibangkitkan adalah harta sepencarian. Betul tak?

Tahukah anda, dalam undang-undang syariah, jika seorang isteri membeli kereta atas nama sendiri, suami boleh menuntut harta sepencarian terhadap kenderaan tersebut? Jika tidak tahu mungkin terkejut, hairan dan tak percaya!

Menurut peguam syarie, Suphian Ismail yang aktif menggunakan akaun TikTok sebagai medium platform berkongsi ilmu mengenai undang-undang syariah, beliau mengesahkan suami layak menuntut kereta isteri sebagai harta sepencarian walaupun atas nama isteri.

@suphianismail Reply to @sesuciembunpagi Kereta isteri beli, nama isteri, suami boleh tuntut sebagai harta sepencarian#fyp #foryou #tiktoksabahan #sabahantiktok ♬ original sound - Suphian Ismail

Jelasnya, segala harta yang dibeli sepanjang tempoh perkahwinan layak dikategorikan sebagai harta sepencarian, begitu juga sebaliknya jika suami yang membeli kenderaan tersebut.

Mungkin suami tiada pernah menyumbang langsung l, tetapi sebenarnya secara tidak langsung dia kekal berhak membuat tuntutan harta sepencarian.

Pada masa sama, Suphian turut menjelaskan, jika kenderaan atau harta itu dibeli sebelum perkahwinan, maka pasangan tidak boleh menuntut sebagai harta sepencarian walaupun hutang bayaran kereta itu dilangsaikan dalam tempoh perkahwinan.

@suphianismail Reply to @aku_laa_nurul Beli sebelum kahwin, SUAMI TIDAK BOLEH TUNTUT sbgi harta sepencarian #fyp #foryou #tiktoksabahan #sabahancrew_fams ♬ original sound - Suphian Ismail

BACA>>> Nekad Lompat Atas Kereta Dipandu Suami Bersama Kekasih Gelap
BACA>>> Akak Bezza 'Total Lost' Dapat Saga daripada Carsome

SUMBER: SuphianIsmail

Related

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, cerai, harta sepencarian, kereta isteri beli, tiktok video, undang-undang syariah

Comments

  1. Azizul says

    February 10, 2023 at 9:48 PM

    Baru faham, sebelum ni selalu ingat semua harta milik bersama

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev