TAHUKAH anda, skuter elektrik (e-skuter) keluaran tempatan, Eclimo ES-11 yang dilancarkan bulan lalu menawarkan jarak tunggangan hingga 100km dengan kos perbelanjaan elektrik serendah RM2, manakala kelajuan maksimum 100kmj.
Perkara itu didedahkan Pengarah Eksekutif Eclimo Sdn Bhd (Eclimo), Datuk Dennis Chuah kepada Astro Awani .
APA KELEBIHAN ECLIMO?
- Dilancarkan Eclimo dan NanoMalaysia Bhd (NMB) pada awal Disember lalu dengan dilengkapi teknologi sistem pemantauan bateri (BMS) berstruktur nano untuk memantau kondisi bateri dan makluman apabila voltan bateri menurun.
- Ada sistem pengesan dan servis berasaskan lokasi (geo-fencing) yang boleh dikawal menggunakan aplikasi mudah alih.
- Sistem pengecasan menggunakan soket tiga pin seperti di rumah.
- Dihasilkan selepas berdasarkan kajian dan pembangunan (R&D) selama lima tahun, terutama bateri.
- Mampu mengurangkan emisi karbon dioksida hingga 7kg atau kira-kira 2.5 tan setahun (berbanding enjin pembakaran dalaman).
- Menjimat kos penyenggaraan kerana tiada minyak pelincir, penapis minyak, palam pencucuh dan enjin konvensional digunakan.
BACA >>> Terminal Pengecas Berprestasi Tinggi EV Ada Di Stesen Shell Tangkak
POTENSI EKSPORT?
- Menurut Chuah, Malaysia ada banyak peluang dan potensi mengembangkan industri kenderaan elektrik (EV), termasuk di pasaran Asean.
- Banyak agensi Kerajaan kini sedang giat berusaha dan bekerjasama dengan pengeluar EV.
- Malaysia ada kelebihan kerana memiliki teknologi terkini dalam pembangunan teknologi menerusi firma tempatan.
Eclimo mensasarkan 10 peratus daripada jumlah jualan motosikal untuk pasaran domestik dan eksport ke pasaran Asean.
HARGA VARIAN ES-11
- ES-11 standard - RM10,501
- ES-11 Pro - RM14,500
- ES-11 Delivery - RM14,500 (komersial)
- ES-11 Utility - RM14,700 (komersial)
* Harga termasuk pendaftaran dan insurans, tidak termasuk opsyen tambahan.
SPESIFIKASI
- Ada tujuh pilihan warna: biru, hijau, jingga, merah, putih, perak dan hitam
- Unit motor dipasangkan dalam hab roda belakang, menawarkan kuasa 8hp (6,000w) dan tork 110Nm.
- Kelajuan maksimum 100kmj dan jarak tunggangan maksimum 100km.
- Meter jenis kombi, analog dan digital.
- Lampu depan kembar vertikal dengan lampu signal belok terpisah.
- Bateri litium- ion 50kg memiliki kitaran hayat 1,000 pusingan.
- Berat skuter 155kg, manakala berat maksimum mampu dibawa 212kg.
- Brek depan cakera hidraulik, brek belakang elektromagnetik.
- Dimensi panjang 1,905mm, lebar 720mm, dan tinggi 1,140mm, manakala jarak lega bumi 410mm.
- Rim 13 inci dengan tayar 130/60 untuk roda depan dan belakang.
BACA >>> BMW Tambah Dua Lagi Pengecas EV di Pulau Pinang
BACA >>> Itali Bangunkan Litar Khas untuk Sistem Cas EV Wayarles
BACA >>> Singapura Lancar Skuter Elektrik Pertama, Sekali Cas 200km, Harga RM40k!
Leave a Reply