PENGELUAR motosikal China, Dayun Motorcycle memperkenalkan model saiz sederhana terbaharu, STS 400C (2022) dengan imej mirip produk dua roda Eropah.
Naked bike mirip Ducati Monster dalam kelas 400cc itu ditawarkan pada harga 25,999 yuan (RM17,130). Berikut perincian STS 400C (2022):
- Trenkuasa 2-silinder 4-lejang sebaris 400cc penyejukan cecair berkuasa 41.5hp @ 9,000rpm dan tork 35Nm @ 6,500rpm, manakala transmisi klac manual 6-kelajuan dengan kelajuan maksimum 160kmj.
- Lampu LED penuh untuk lampu utama bentuk berlian dan lampu siang (DRL), termasuk lampu signal belok dan lampu brek.
- Panel meter digital penuh dan berwarna memaparkan maklumat spidometer, takometer, posisi gear, jam, voltan bateri, suhu enjin, bar petrol, jarak tunggangan dan beberapa indikator amaran.
- Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang.
- Frem trellis merah mirip gaya Ducati Monster. Kapasiti tangki petrol 16 liter dengan rekaan maskular.
- Pelana lebar dan panjang jenis bertingkat untuk memberi keselesaan semasa tunggangan.
- Aspek keselesaan tunggangan dibantu bar hendal lebar, tinggi dan panjang.
- Sistem brek cakera kembar 300mm (depan), dan cakera tunggal 240mm (belakang). Ada teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Ada port USB di tepi panel meter untuk mengecas telefon pintar.
BACA >>> Dayun Chi 302 - Naked Bike China Tiru Gaya Kawasaki Z1000?
BACA >>> QJ Motor GS400RR (2022) Mirip Kawasaki Ninja 400?
BACA >>> Dayang ADV 150 (2021) - Lagi Klon Honda ADV 150 Muncul di China
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Cara Pilih Padlock Berkualiti Sebagai Kunci Motosikal Anda
SUMBER: BikeDekho
Leave a Reply