LIFAN Motorcycle sudah menambah baik model KPV 150 edisi 2022 di China dengan beberapa perubahan sebagai usaha menyerlahkan lagi imej adventure skuter berkenaan.
Skuter crossover edisi tahun ini diberi padanan rim jenis berbilang jejari (spoke wheel) sebagai pengganti rim aloi berbanding model terdahulu dan hadir dengan seragam baharu.
Berikut ialah perinciannya:
- Hanya satu pilihan warna iaitu Adventure Yellow.
- Harga Lifan KPV 150 (2022) spoke wheel berharga 15,280 yuan (RM10,057) iaitu lebih mahal berbanding varian rim aloi tanpa ABS berharga 13,280 yuan (RM8,742)
- Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 149.3cc OHC dengan sistem penyejukan cecair, menawarkan kuasa 12hp @ 8,500rpm dan tork 11.8Nm pada 5,000rpm. Kelajuan maksimum cuma 93kmj.
- Rim berbilang jejari digunakan itu tidak memerlukan penggunaan tiub dan pemilik masih boleh menggunakan tayar tanpa tiub.
- Jarak lega bumi ialah 180mm dan menggunakan tayar bercorak blok pada kedua-dua roda.
- Sistem brek dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Rim digunakan masih 14 inci.
- Bentuk badan edisi terbaharu adalah sama seperti model pertama yang dilancarkan pada Disember 2020.
- Sistem suspensi dengan jenis fork terbalik dan sistem monoshock (belakang) diposisikan antara bahagian tengah subbingkai dan casis.
- Konfigurasi monoshock itu semakin jarang ditemui memandangkan banyak produk pesaing kelas 150cc sudah mengalihkan posisi suspensi ke bahagian sisi.
- Lampu depan kekal jenis LED dengan lampu siang (DRL).
- Instrumen meter digital penuh dengan paparan negatif, menunjukkan pelbagai maklumat termasyk spidometer, takometer, takuk minyak petrol, trip perjalanan dan jam.
- Visor angin depan boleh laras seperti model pencabar terdekat Honda ADV150 (2022).
- Skuter seberat 143kg dilengkapi tangki minyak 11 liter. Ketinggian pelana ialah 765mm.
BACA >>> Lifan Lancar Dua Varian KPM 150 Cafe Racer, Harga Mula RM7.7k
BACA >>> MForce Bike Lancar Skuter Wmoto Xtreme 150i (2021), Harga Cuma RM9.5k!
BACA >>> Perbandingan: SYM Jet X 150 vs Honda Vario 150 vs Yamaha NVX 155 VVA
BACA >>> Lifan KPT400 - Model Advencer 'Pan China' dengan Harga RM19k!
SUMBER: Ardiantoyugo | Zigwheels
Leave a Reply