BOON Siew Honda (BSH) meluaskan tawaran warna skuter X-ADV (2022) dalam pilihan Mat Ballistic Black Metallic (hitam) selain Pearl Deep Mud Gray (kelabu) dan Grand Prix Red (merah).
Harga jualan disyorkan RM67,799, tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans. Berikut perincian skuter advencer itu:
- Trenkuasa 4-lejang 8-injap dwi-silinder sebaris 745cc SOHC penyejukan cecair berkuasa 57.6hp @ 6,750rpm dan tork 69Nm @ 4,750rpm.
- Sistem transmisi dual-klac (DCT) 6-kelajuan cara tukaran gear mengikut mod tunggangan.
BACA >>> #BikinMotor: Honda ADV 150 Pasang Monoshock Macam Abang Besar X-ADV 750
- Menggunakan teknologi terotel elektronik Throttle-By-Wire (TBW) dengan empat mod pemetaan enjin: Standard, Sport, Rain dan Gravel untuk karakter tunggangan berbeza.
- Mod tunggangan boleh dikustomkan mengikut cita rasa penunggang, mod User.
- Ada teknologi sistem Kawalan Tork Pilihan Honda (Honda Selectable Torque Control, HSTC) dalam tiga tahap pelarasan.
BACA >>> Honda ADV 350 (2022) Lancar di EICMA 2021, untuk Pasaran Amerika, Eropah Sahaja
- X-ADV (2022) hadir dengan Sistem Kawalan Suara Telefon Pintar Honda (Honda Smartphone Voice Control System, HSVCS) yang membolehkan penunggang menghubungkan telefon pintar dengan skuter.
- Penunggang dengan konektiviti Bluetooth set kepala boleh menjawab panggilan, membaca mesej, muzik dan navigasi. Kawalan sistem juga boleh dibuat menerusi butang pada kiri hendal.
- Kapasiti tangki minyak 13.2 liter, berat kasar 236kg dan tinggi pelana 790mm.
- Dimensi panjang 2,200mm, lebar 940mm, dan tinggi 1,340mm, manakala jarak roda 1,580mm.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) 41mm di depan dan monoshock (belakang).
- Sistem brek cakera kembar (depan), dan cakera tunggal (belakang) dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Waranti pengilang dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km, mana satu tiba dulu.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Brek Cakera di Depan, Tapi Brek Dram di Belakang?
BACA >>> #TahukahAnda: Segala Tentang Lampu Depan Adaptif yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Kereta Perlu Ada Sistem Suspensi?
BACA >>> SYM CROX 150 RX Pencabar Skuter Adventure Honda ADV150?
Leave a Reply