• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Berapa Banyak Negara Tidak Benarkan Motosikal Guna Lebuh Raya?

#TahukahAnda: Berapa Banyak Negara Tidak Benarkan Motosikal Guna Lebuh Raya?

January 5, 2022 By Shawkath Leave a Comment

626
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEBAT mengenai isu sama ada penunggang motosikal dibenarkan, dikawal atau diharamkan menggunakan akses lebuh raya masih menjadi isu hangat di beberapa negara. Mujurlah isu berkenaan tidak pernah timbul di Malaysia.

Isu motosikal menggunakan lebuh raya tetap sama, terutama di negara maju, yang terkenal dengan penguatkuasaan undang-undang ketat yang menitikberatkan hal keselamatan jalan raya.

Sebenarnya, bukan semua negara yang memiliki lebuh raya (walaupun tanpa tol) memberikan kebebasan total untuk penunggang motosikal menggunakan laluan itu dengan menguatkuasakan beberapa sekatan seperti berikut:

Eropah

  • Banyak negara Eropah membenarkan motosikal menggunakan lebuh raya dengan syarat mesti melebihi kapasiti 50cc.
  • Bagaimanapun di Switzerland membenarkan motosikal 51cc (cuma lebih 1cc 😅) ke atas menggunakan akses lebuh raya.
  • Jerman juga mengenakan syarat mengikut kapasiti, sebaliknya menetapkan halaju minimum, iaitu 60kmj. Maksudnya, motosikal tidak boleh perlahan di bawah 60kmj! 😆

BACA >>> #TahukahAnda: 8 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Lebuh Raya Autobahn di Jerman

Amerika

  • Hampir setiap negara di Amerika Selatan (latin) membenarkan motosikal 50cc ke atas menggunakan lebuh raya, kecuali Venezuela.
  • Amerika Syarikat (AS) pula berbeza mengikut negeri. Ada negeri mengharamkan motosikal 125cc hingga 150cc memasuki lebuh raya, dan ada pula negeri tidak membenarkan kapcai atau skuter berkuasa 5hp.

BACA >>> Basikal Tiada Loceng Denda RM2k, Guna Lebuh Raya Denda RM5k, Jel Setahun

Afrika 

  • Afrika Selatan membenarkan motosikal 51cc ke atas ditunggang di lebuh raya.
  • Bagaimanapun, negara Afrika lain tiada undang-undang atau dasar terperinci mengenai syarat minimum sesaran enjin dan penggunaan di lebuh raya.

BACA >>> Tentera Amerika Rancang Bina Lebuh Raya ke Bulan, Siap Hentian Pit Isi Minyak

Asia dan Australia

Papan tanda peringatan larangan motosikal bawah 400cc menggunakan lebuh raya di Fiipina
  • Negara Asia memiliki undang-undang yang agak kompleks mengenai penggunaan motosikal di lebuh raya.
  • Di Filipina, hanya motosikal 400cc boleh menggunakan di lebuh raya.
  • Australia, Malaysia, New Zealand, Rusia dan Singapura pula membenarkan motosikal serendah 50cc menggunakan lebuh raya.
  • Hong Kong dan Jepun yang memiliki rangkaian lebuh raya lebih moden mengsyaratkan kapasiti minimum 125cc dan 126cc untuk lebuh raya.
  • India sebagai pengeluar motosikal terbesar dunia hanya membenarkan motosikal 349cc ke atas menggunakan lebuh raya.
  • China, Indonesia, Pakistan, Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam mengharamkan sepenuhnya penunggang motosikal memasuki lebuh raya.

BACA >>> PLUS Bakal Perkenal Kapsul Tidur di R&R, Tahun Depan
BACA >>> 5 Stesen Cas DC untuk Kenderaan Elektrik di Petronas PLUS, LPT Tahun Depan

Isu Soal Keselamatan atau Eksklusif untuk Pembayar Tol?

Ada dua pandangan mengenai isu membenarkan penunggang motosikal menggunakan akses lebuh raya, iaitu:

  • Syarat kapasiti minimum seperti 400cc di Filipina bersandarkan hujah motosikal kecil tidak mampu berdepan pukulan angin kenderaan bersaiz besar faktor berat motosikal seperti kapcai adalah terlalu ringan.
  • Pukulan angin boleh menyebabkan motosikal kecil ditolak ke tepi, hilang kawalan dan berisiko kemalangan.

Bagaimanapun, sebahagian besar hujah itu masih bersifat teori walaupun ada beberapa pihak sudah membuat ujian. Cumanya, hasil ujian belum dikongsi kepada peminat motosikal di negara itu.

Malah, beberapa penunggang kapcai yang bertindak menunggang di lebuh raya mendakwa pukulan angin tidak memberi sebarang kesan kepada mereka.

Sebenarnya, isu keselamatan motosikal di lebuh raya memang tiada penghujung. Kenapa, segalanya berbalik semula kepada sikap seseorang pemandu atau penunggang itu sendiri. Apapun, syukurlah penunggang Malaysia masih dibenarkan menggunakan lebuh raya secara percuma.

SUMBER: MotoPinas

Related

626
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Isu Keselamatan Jalan Raya, roda2, Sekatan Motosikal Guna Lebuh Raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev