• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha India Lancar Varian Premium Baharu FZS-Fi DLX, Harga RM6.6k!

Yamaha India Lancar Varian Premium Baharu FZS-Fi DLX, Harga RM6.6k!

January 4, 2022 By Shawkath Leave a Comment

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Motor India mengemas kini model FZS-Fi dengan melancarkan varian baharu dinamakan FZS-Fi Dlx (2022) yang  dijangka memasuki pasaran negara itu minggu depan.

Siri Yamaha FZS-Fi (2022) ditawarkan pada harga permulaan 115,900 rupee (RM6,510), manakala varian terbaharu FZS-Fi Dlx (2022) berharga lebih mahal, 118,900 rupee (RM6,680).

BACA >>> Yamaha India Lancar FZS-FI Vintage, Harga RM6k!

Yamaha FZS-Fi Dlx

Logo Yamaha

Berikut perincian FZS-Fi Dlx (2022):

  • Ini ialah varian premium dalam barisan FZS dan model generasi ketiga siri FZ150.
  • Ada tiga pilihan skim warna:
    • Metallic Black (hitam) - rim aloi emas, pelana merah
    • Metallic Deep Red (merah) - rim aloi emas, pelana merah
    • Solid Gray (kelabu) - rim aloi biru, pelana hitam
  • Dilengkapi konektiviti Bluetooth untuk aplikasi Connect-X (Yamaha Motorcycle Connect X).

BACA >>> Yamaha India Lancar FZS FI, FZS FI (2021), Harga Bermula RM5.3k

  • Menggunakan lampu LED pada lampu depan, lampu signal belok dan lampu brek.
  • Lampu depan menggunakan diod berasingan untuk lampu rendah dan lampu tinggi, masih berasaskan reflektor (bukan projektor).
  • Ada lencana tiga dimensi (3D) FZS emas ditampal pada sisi motosikal.
  • Trenkuasa 4-lejang 2-injap silinder tunggal 149cc SOHC penyejukan udara berkuasa 12.2hp @ 7,250rpm dan tork 13.3Nm @ 5,500rpm, manakala kotak gear klac manual 5-kelajuan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah

  • Pelana jenis dua tingkat untuk keselesaan penunggang dan pembonceng.
  • Sistem suspensi jenis fork teleskopik (depan), dan monoshock (belakang) jenis boleh laras 7-tetapan.
  • Sistem ekzos kompak untuk meningkatkan pemusatan graviti, mengurangkan berat dan deruman ekzos sporty.
  • Berat 135kg, tinggi pelana 790mm dan jarak roda 1,330mm.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Jarak Roda (Wheelbase) Panjang vs Pendek?

Yamaha FZS-Fi
  • Menerima lampu belakang jenis LED.
  • Imej asal diperbaharui supaya tampak lebih segar.
  • Ada konektiviti Bluetooth untuk aplikasi Connect-X.
  • Aspek mekanikal dikekalkan, iaitu trenkuasa 4-lejang 2-injap silinder tunggal 149cc SOHC penyejukan udara, sama seperti FZS-Fi Dlx.
  • Ada dua warna pilihan: Matte Red (merah) dan Dark Matte Blue (biru gelap)

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Lampu Motosikal Sentiasa Terpasang Punca Bateri Lemah?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Atasi Masalah Grip Hendal Motosikal Longgar
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Rim Aloi Ada Lubang?

Yamaha FZS-Fi Dlx

SUMBER: HindustanTimes | YamahaMotorIndia

Related

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: naked bike, roda2, Yamaha FZS-Fi, Yamaha FZS-Fi Dlx, Yamaha Motor India, Yamaha Motorcycle Connect X'

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my