• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Sedang Buru Mir? Status Marquez Masih Misteri

Honda Sedang Buru Mir? Status Marquez Masih Misteri

January 3, 2022 By Shawkath Leave a Comment

438
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN 2022 belum sampai seminggu, tetapi pengiraan detik pelancaran sudah bermula untuk ujian pertama Kejuaraan Dunia MotoGP musim ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Februari nanti.

Pengurus padok pula semakin sibuk kerana ramai pelumba bakal tamat kontrak masing-masing. Malah, pencarian pelumba sebenarnya sudah mendahului hingga 2023.


Mantan pengurus Valentino Rossi, Carlo Pernat dalam program bual bicara khas Bar Sport berkongsi ramalan dan perpindahan pelumba MotoGP. Beliau berkata;

Honda terdesak mendapatkan rider yang boleh beri kemenangan dan inilah masa terbaik buat semua tu.

“Ada dua nama: Quartararo dan Mir, nampaknya Joan (Mir) mungkin jadi pilihan kerana kos nak dapat dia lebih murah dan dia pun orang yang sesuai. Semua urusan akan berjalan laju, aku yakin menjelang mula perlumbaan nanti, mungkin semua benda tu dah selesai atau hampir selesai.”

"Honda tidak lagi mampu bergantung sepenuhnya kepada Marc Marquez yang kondisi fizikalnya masih dibelenggu misteri.


Pernat menambah lagi;

Marc nak tau kalau dia boleh berlumba, tapi tak ada apa yang diketahui pasal masa pemulihannya. Kalau tak ada, itu maksud, tak ada berita positif. Aku agak Marquez tak ikut test kat Sepang, Februari nanti.”

Mengenai senario Ducati pula, Pernat menjangka pengurus pasukan akan membuat beberapa perubahan.

(Johann) Zarco dan (Jack) Miller, 99 peratus akan pindah keluar, tak terkejut pun. Mereka akan ada kat pasaran, Jack sebenarnya satu lamaran berbaloi, tetapi dia pula jenis kerap tenggelam timbul.

“Yamaha pula pasukan pengilang yang dalam posisi baik kerana ada tiga rider power, Quartararo, Morbidelli dan Toprak.”

BACA >>> Keluarga Nak Saman Doktor yang Benarkan Marquez Berlumba di GP Jerez
BACA >>> Razlan Dedah Petronas SRT Tidak Patut Ambil Rossi, Tapi Akui Tidak Ditekan Yamaha

Apa Cerita Pak Rossi?

Seperti diketahui, pasukan MotoGP Rossi sudah mengumumkan penaja baharu, dan menurut Pernat;

Valentino akan sertai dua atau tiga perlumbaan, pasukan VR46 akan berpisah dengannya dan semakin hilang daripada pandangan ramai. Aku tak rasa Vale (Rossi) akan buat test dengan Ducati.”

MotoGP Suram Tanpa Pak Rossi?

Pernat berkata;

Dorna hidup atas sayap Valentino Rossi sejak sekian lama, membonceng gelombangnya (Rossi) hingga akhir masa, seperti dibuat pada Marquez, tetapi pada tahap lebih lembut. Sekarang, ia harus dibuka dan tidak mengulangi kesilapan.

"Formula Satu (F1) sudah beberapa langkah ke depan MotoGP, mereka sedang melakukan operasi pemasaran cukup bagus. Pintu (MotoGP) harus dibuka.”

BACA >>> Yamaha Hadiahkan Rossi R1 GYTR VR46 Tribute Edisi Khas
BACA >>> Suzuki Kekal Bersaing dalam MotoGP Hingga 2026!
BACA >>> Darryn Binder Sertai Pasukan RNF MotoGP Musim Depan, Yamaha Bekal Jentera YZF-M1

SUMBER: GPOne

Related

438
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bar Sport, Carlo Pernat, Joan Mir, Marc Marquez, MotoGP 2022, Valentino Rossi, VR46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev