HONDA Vietnam baru saja memperkenalkan Winner X (2022) yang diketahui umum sebagai pencabar sengit Yamaha Exciter 155 (Malaysia: Y16ZR). Pengenalan model baharu itu bukan sekadar skema warna baharu, tetapi didatangkan dengan pelbagai pembaharuan.
Rekabentuk keseluruhan Winner X (2022) sebenarnya mendapat pujian ramai peminat walaupun gaya badan masih kekal sama sejak pelancaran lebih dua tahun lalu. Pun begitu, Honda Vietnam tetap mendengar apa kata pelanggan dan membuat perubahan mengikut maklum balas diterima.
BACA >>> Vietnam Lancar Honda Winner X (RS150R) dengan Ciri ABS, Harga Bermula RM8.2k
BACA >>> Penangan Winner X, Yamaha Exciter Vietnam Kini Lebih Murah daripada Harga Cadangan
REKABENTUK
Mari kita perincikan:
- Winner X versi terdahulu dikatakan berjiwa muda dan dinamik serta masih ‘sopan’ berbanding pencabarnya, Exciter 155.
- Bagaimanapu, garis badan lembut pada model generasi baharu sudah dihilangkan, dan digantikan perincian badan lebih bersegi dari panel depan hingga fairing sisi.
- Lampu signal belok Winner X (2022) tidak lagi capang, tetapi disepadukan dengan fairing sisi untuk mengurangkan kesan seretan angin, mengurangkan lebar motosikal dan mengelakkan risiko patah jika terlanggar.
BACA >>> Honda Vietnam Lancar Varian Baharu Winner X Sport ABS, Harga RM9.1k
BACA >>> Yamaha Exciter 155 (2021) Masih Tiada ABS? Perlukah Kapcai Ada ABS?
- Rekabentuk baharu lampu signal belok Winner X (2022) memberikan penampilan lebih sporty dengan imej maskular dari arah sisi berbanding rekaan lampu signal belok depan Exciter 155.
- Bahagian belakang tiada perubahan besar. Cuma sudut muncung ekzos direndahkan 20º (foto atas kanan) sebagai respons kepada aduan penunggang lain yang mendakwa muka mereka kerap 'ditembak' asap ekzos kapcai tersebut.
TRENKUASA
- Ramai pelanggan mengharapkan Honda menambah baik trenkuasa Winner, tetapi agak menghampakan kerana pengeluar jenama Jepun itu memilih mengekalkan unit enjin lama.
- Winner X (2022) kekal menawarkan 15.4hp dan tork 13.5Nm, masih ketinggalan di belakang Exciter 155 (17.7hp, 14.4Nm).
- Trenkuasa DOHC membantu Winner X menawarkan operasi lebih lancar dalam halaju tinggi.
- Yamaha pula menawarkan teknologi jauh lebih canggih, iaitu teknologi injap variabel VVA, dan sistem klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) dengan pemetaan trenkuasa berbeza.
SISTEM KUNCI DAN KESELAMATAN
- Winner X (2022) menerima sistem kunci pintar mirip Exciter 155 yang menjadi antara tarikan utama pembeli motosikal di Vietnam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
- Juga disediakan port pengecas USB dan menggunakan rantai jenis O-Ring yang mana sudah sudah lama diberikan Yamaha pada Exciter 155.
- Winner X selangkah di depan Exciter 155 dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) yang membantu memberhentikan dan memperlahankan motosikal dalam keadaan selamat.
HARGA DAN VARIAN
- Winner X (2022) menerima banyak pembaharuan dengan harga tidak jauh berbeza berbanding model terdahulu. Berikut harga mengikut varian:
Varian Winner X (2022) dari kiri: Standard, Sport dan Special.
- Standard (tanpa ABS) - 46.09 juta dong (RM8,410), 4 warna
- Sport - 49.99 juta dong (RM9,120), 1 warna
- Special - 50.49 juta dong (RM9,220), 3 warna
- Exciter 155 pula hadir dalam 10 versi untuk pasaran Vietnam dengan harga agak mahal, iaitu 47.29 juta dong (RM8,630) hingga 52.19 juta dong (RM9,530).
- Di Vietnam juga, harga pasaran Exciter 155 biasanya lebih tinggi daripada harga disyorkan. Berbeza Winner X yang dikatakan lebih rendah (daripada harga disyorkan).
BACA >>> Honda Winner X (2022) Vietnam Tiada Lagi Signal Capang, Harga Mula RM8.4k!
BACA >>> Bocor Lakaran Honda Winner X 160 di Vietnam dengan DNA CBR250RR?
BACA >>> Harga Yamaha Exciter 155 VVA Melonjak Tinggi di Vietnam, Stok Semakin Terhad
SUMBER: Zing
Leave a Reply