• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Seludup Syabu RM1.8 Juta dalam Tayar Basikal Kanak-Kanak

Seludup Syabu RM1.8 Juta dalam Tayar Basikal Kanak-Kanak

December 30, 2021 By Shawkath Leave a Comment

170
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang berjaya mengesan kegiatan penyeludupan dadah yang disorokkan dalam tayar basikal kanak-kanak.

Unit narkotik jabatan itu membuat serbuan di sebuah syarikat kurier di Pusat Perniagaan Raja Uda di Butterworth, Rabu, minggu lalu.

BACA >>> Polis Ambil Keterangan Budak TikTok, Minah Basikal Persenda OKU
BACA >>> Pemandu Biar Budak Bersidai Gembira Tepi Tingkap Alza Sudah Kena Tahan Polis

Menurut JKDM Pulau Pinang, serbuan dibuat jam 6 petang dengan merampas 10 kotak  yang sepatutnya dihantar ke sebuah negara di Kepulauan Oseania dengan pengirim beralamat di Pulau Pinang.

Pengarah JKDM Pulau Pinang, Abdul Halim Ramli berkata;

Hasil pemeriksaan awal terhadap salah satu kotak parcel mendapati ia mengandungi rangka basikal kanak-kanak bersama tayar dan rim sebelum semua kotak terbabit dibawa pulang ke Pejabat Unit Narkotik di Kampong Kastam, Bagan Jermal untuk siasatan lanjut.

"Pemeriksaan menyeluruh menemukan 104 bungkusan plastik lut sinar yang mengandungi hablur kristal dadah disyaki syabu dalam tayar basikal," katanya.

sorok-dadah-dalam-tayar-basikal-1
sorok-dadah-dalam-tayar-basikal-3

Semua dadah seberat 18,028 gram itu dianggarkan bernilai RM1.8 juta.

Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti alamat dan pemilik bungkusan tersebut dengan menyemak maklumat penghantar yang didakwa menggunakan dokumen sebuah syarikat pengedar basikal.

BACA >>> Polis Cekup Pemandu Trak Tunda Bawa Lari Kereta Mangsa Banjir
BACA >>> Saksikan Kastam Filipina Musnahkan McLaren 620R Baharu yang Diseludup
BACA >>> Bawa Masuk Helmet Tidak Patuh Standard Malaysia Akan Dirampas Kastam

SUMBER: SinarHarian | Bernama | Utusan

Related

170
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abdul Halim Ramli, Auto Terkini, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kastam Malaysia, roda2, Seludup Dadah, Seludup Dadah dalam Tayar Basikal Kanak-Kanak, Seludup Syabu, Tayar Basikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev