• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan 'Corner'!

Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan 'Corner'!

January 12, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SATU model Mazda terkenal sejak diperkenalkan pada 1989 ialah MX-5. Walaupun berada dalam segmen niche, Mazda konsisten memperkenalkan model gantian dan teknologi baharu untuk roadster 2-pintu itu.

Terbaharu, Mazda Amerika Utara memperkenalkan siri Mazda MX-5 Miata (2022) dengan teknologi Kawalan Postur Kinematik (Kinematic Posture Control, KPC) untuk menambah baik prestasi di selekoh.

BACA >>> Demi Peminat, Mazda Hasilkan Semula Komponen MX-5 Mk1

Berikut fakta mengenai MX-5 Miata (2022):

  • Dibangunkan sebagai kereta pemandu (driver's car) dengan keseimbangan, berat jentera ringan dan mempunyai nisbah kuasa kepada berat yang bagus.
  • Enjin 2.0L Skyactiv-G berkuasa 181hp @ 7,000rpm dan tork 204.7Nm @ 4,000rpm dengan transmisi manual dalam pacuan roda belakang (RWD).

  • Bagi pasaran Amerika Utara, dua varian Sport dan Club ditawarkan dalam transmisi manual 5-kelajuan, manakala Grand ada dua pilihan kotak gear, manual atau automatik 6-kelajuan dengan pedal syif.
  • Menggunakan strategi gram untuk berat yang ringan bagi menghasilkan roadster dengan berat ringan, iaitu menumpukan kepada setiap perincian bagi mengurangkan berat tidak perlu tanpa berkompromi terhadap aspek keselamatan atau rekabentuk.
  • Strateginya, Mazda menggunakan kerangka enjin daripada aluminium, termasuk fender depan, bonet, dan penutup bonet.
  • Pelbagai komponen besi dipotong dan tidak menggunakan busa pada visor matahari (sunvisor).
  • Komponen aluminium standard ialah Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), cakera brek belakang dengan kaliper aluminium, dan roda tenaga (flywheel) jenis inersia-rendah dwi-jisim (dual-mass low-inertia).

BACA >>> Mazda Miata (MX-5) - Pemilik Buktikan Kereta Sport Jepun Mampu Redah Laluan 4x4

PENGENDALIAN

  • Dari segi pengendalian, MX-5 Miata (2022) dilengkapi stabiliser depan dan belakang, serta dipasangkan suspensi depan jenis double-wishbone dengan arm aluminium. Suspensi belakang pula jenis multi-link dengan bering aluminium. Bahagian depan dan belakang MX-5 Miata menggunakan damper tiub tunggal.
  • Sistem KPC dibuat bagi menyerlahkan lagi hubungan antara pemandu dan kereta yang menjadi karakter MX-5. KPC ialah teknologi serba baharu dibangunkan Mazda yang berfungsi untuk memberikan lebih kawalan dan karakter ketika melalui selekoh dengan tenaga tinggi.

  • Asasnya, suspensi belakang sudah sedia direka bagi menstabilkan kereta ketika membrek. Kini, KPC menambahkan lagi fungsi tersebut dengan mengaplikasikan sedikit brek pada roda sebelah dalam.
  • Sebelum selekoh diambil, KPC terlebih dahulu mengesan perbezaan halaju antara roda kanan dan kiri. Kemudian kereta akan jadi lebih mendap, manakala olengan badan dikurangkan, sekali gus menjadikan respon stereng lebih linear ketika mengambil selekoh tajam.

  • KPC menjadikan postur MX-5 Miata (2022) lebih stabil. Apabila kereta memecut di selekoh, kuasa brek yang sedikit kuat pula diaplikasikan bagi meningkatkan lagi kesan gelincir terhad (limited slip).
  • Secara keseluruhan, sistem KPC menjadikan roadster ini lebih 'tajam' dan menariknya penambahan berat daripada sistem KPC tidak sampai pun 1 gram!

BACA >>> Mazda CX-50 (2022) Diperkenal dengan Imej Lebih 'Rugged'!
BACA >>> Mazda MX-30 Dipilih Kereta Paling Cantik 2020 di Jepun!

Mazda MX-5 Miata (2022) Amerika Utara
Mazda MX-5 Miata 2022 02
Mazda MX-5 Miata 2022 03
Mazda MX-5 Miata 2022
Mazda MX-5 Miata RF 2022 01
Mazda Kinematic Posture Control (KPC)
Mazda Kinematic Posture Control.01
Mazda Kinematic Posture Control.02
Mazda Roadster 2022 (Jepun)
Mazda Roadster 2022.13
Mazda Roadster 2022.12
Mazda Roadster 2022.11
Mazda Roadster 2022.10
Mazda Roadster 2022.09
Mazda Roadster 2022.08
Mazda Roadster 2022.07
Mazda Roadster 2022.06
Mazda Roadster 2022.05
Mazda Roadster 2022.04
Mazda Roadster 2022.03
Mazda Roadster 2022.02
Mazda Roadster 2022.01

Related

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kinematic Posture Control, Kinematic Posture Control (KPC), mazda, Mazda MX-5, Mazda MX-5 Miata, Mazda MX-5 Miata 2022, roadster, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev