FILIPINA adalah antara negara pilihan pengeluar motosikal dunia untuk membuka kilang sebagau hab pengedaran ke pasaran lain di Asia.
Selain firma berstatus global, ada juga syarikat pemula (start-up) tempatan atau baharu ditubuhkan di negara itu yang memiliki impian sama untuk meneroka dan meluaskan kedudukan di pasaran antarabangsa. Antaranya Lycan Motorcycle (Lycan) yang menumpukan kepada pelan pembuatan motosikal futuristik teknologi tinggi.
BACA >>> TVS Bakal Tubuh Anak Syarikat Baharu Urus Semua Produk EV Masa Depan
ARAHAN SUARA KAWAL MOTOSIKAL
Lycan dikatakan mampu ‘melakuykan adaptasi mengikut keperluan pelanggan dan memiliki pilihan luas teknologi pintar yang membolehkan bakal pembeli menentukan atau mencipta motosikal impian masing-masing.
Pembeli boleh memilih fungsi atau ciri untuk ditambah pada motosikal, seperti warna dan kapasiti enjin. Apabila tetapan selesai, pelanggan cuma perlu tempah, bayar dan menerimanya dalam kondisi siap dipasang.
Fasa yang akan diperkenalkan pada masa akan datang adalah konektiviti antara motosikal dan pemilik untuk pembangunan teknologi kepintaran buatan (AI). Antara ciri akan datang adalah seperti arahan suara kawalan motosikal dan helmet pintar.
BACA >>> Ola S1 - Skuter Elektrik Teknologi Tinggi, Ada Arahan Suara, Harga Mula RM4.5k!
SOLUSI FUTURISTIK BERMULA
Lycan mula membuka tempahan dua model futuristik, G6 dan Challenger 1 yang dijangka tiba tahun depan, tetapi buat masa ini tiada spesifikasi didedahkan.
Kapasiti trenkuasa dijangka antara 300 dan 650cc. Kedua-dua model akan menerima sistem operasi motosikal Lycan seperti fungsi bantuan virtual Luna AI, skrin sentuh dan sistem kawalan cucuhan yang bertindak-balas kepada arahan dan data biometrik.
G6 dan C1 akan dihasilkan dalam unit terhad untuk kumpulan pembeli pertama. Model prapengeluaran dijangka dikirim menjelang Jun 2022, manakala pengeluaran skala besar bermula Oktober 2022. Khabarnya, varian motosikal elektrik penuh akan diperkenalkan menjelang 2023.
BACA >>> Opibus Cipta Motosikal Elektrik Mampu Miliki, Praktikal untuk Orang Afrika, Harga RM5.4k
BACA >>> Kawasaki Mahu Perkenal 10 Motosikal Hibrid, Elektrik Menjelang 2025
BACA >>> Yamaha Fokus Penuh Jualan Motosikal, Skuter Elektrik Bermula 2050
SUMBER: Motociclismo
Leave a Reply