• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Civic Tiada Lesen Rempuh Kereta Milik Polis, Pesara Tentera, Termasuk Motosikal

Pemandu Civic Tiada Lesen Rempuh Kereta Milik Polis, Pesara Tentera, Termasuk Motosikal

December 24, 2021 By Farah Leave a Comment

409
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEORANG pegawai polis bersama anak lelakinya yang berusia 5 tahun berdepan detik cemas apabila kereta Honda City dinaiki mereka dirempuh sebuah Honda Civic ketika sedang berhenti di lampu isyarat dekat Jalan Alor Setar-Butterworth, Kedah, kelmarin.

Rempuhan itu tidak berakhir di situ kerana impak kemalangan menyebabkan Civic tersebut berpusing dan merempuh pula Proton Savvy dipandu pesara tentera yang kemudian terlajak hingga terlanggar motosikal ditunggang pengawal keselamatan.

BACA >>> Nahas Treler RnR USJ: Ini Punca Treler Rempuh 9 Beranak dalam Wira

Insiden jam 7 malam itu menyebabkan pemandu Civic dan penumpang mengalami kecederaan kaki, manakala anak kepada polis cedera di kaki kanan dan mulut. Pengawal keselamatan pula cedera kaki kiri.

Menurut siasatan awal polis, pemandu Civic, 24, memandu tanpa lesen dan didapati hilang kawalan hingga merempuh kenderaan lain.

Detik kemalangan tersebut juga sempat dirakam kamera pemuka (dashcam) milik saksi kejadian yang kemudian tular di media sosial. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (A)J) 1987.

BACA >>> Nahas LRT: Keluarga Mangsa Tuntut Prasarana Bayar Ganti Rugi 1.8 Juta

SUMBER: HMetro

Related

409
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda City, Honda Civic, kemalangan, langgar kereta polis, tiada lesen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my