PROTON mengumumkan tawaran tiga inisiatif bantuan kepada semua pemilik kenderaan jenama itu yang rosak akibat kejadian bencana banjir yang melanda, baru-baru ini.
Bantuan akan diberikan kepada pemilik Proton yang membuat laporan polis berhubung kerosakan akibat banjir, dan inisiatif diberikan adalah:
BACA >>> Perodua Tawar Bantuan Kepada Pemilik Jenama Itu yang Jadi Mangsa Banjir
BACA >>> Diskaun 15 Peratus Alat Ganti untuk Pemilik Subaru Terjejas Banjir
- Bantuan Pertama: Diskaun 20 peratus untuk alat ganti terpilih dan caj buruh.
- Bantuan Kedua: Proton menanggung bayaran tunda kenderaan hingga RM200.
- Bantuan Ketiga: Proton sedia menanggung caj pembersihan bahagian luaran dan ruang enjin hingga RM100.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, bencana banjir baru-baru ini menjejaskan beribu-ribu penduduk, terutama di Selangor dan Shah Alam. Beliau berkata;
Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal dan bisnes akibat banjir, termasuk kereta. Oleh itu, Proton ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka dibaiki dan memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka keutamaan kami.”
“Situasi luar biasa memerlukan tindak balas luar biasa. Proton akan berusaha sedaya upaya memastikan kenderaan pelanggan dibaiki secepat mungkin dan menasihati semua pelanggan terus ke pusat servis kami untuk menikmati manfaat ini."
Bagi keterangan lanjut, pemilik terjejas boleh menghubungi khidmat pelanggan Proton di talian 1-800-88-8398.
BACA >>> Diskaun 15 Peratus Alat Ganti untuk Pemilik Subaru Terjejas Banjir
BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Kereta Pernah Tenggelam Banjir?
BACA >>> Lebih 400k unit Kereta Rosak Akibat Banjir Peningkan Industri Insurans China
BACA >>> Jangan Ambil Risiko Redah Banjir!
SUMBER: Proton
Leave a Reply