• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / ElectraMeccanica Bakal Pamer Varian Baharu EV Satu Kerusi, Solo Sempena CES 2022

ElectraMeccanica Bakal Pamer Varian Baharu EV Satu Kerusi, Solo Sempena CES 2022

December 22, 2021 By Shawkath Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FIRMA kenderaan elektrik (EV) berpangkalan di Kanada, ElectraMeccanica mengumumkan rancangan mempamerkan model EV, Solo dalam tiga varian berbeza untuk Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2022.

CES dijadualkan berlangsung empat hari di Las Vegas, Nevada di Amerika Syarikat (AS), bermula 5 Januari 2022. Bagaimanapun, ElectraMeccanica tidak mendedahkan maklumat lengkap mengenai tiga varian itu.

BACA >>> Perbandingan: Inilah 6 Motosikal Boleh Beli dengan Bajet Perodua Ativa

Solo 19
Solo 18

Apa dinyatakan, salah satu ialah model serba baharu dengan konsep diperbaharui dengan papan pemuka direka semula dan kini memiliki unit infotainment untuk  menambah baik pengalaman memandu.

ElectraMeccanica juga akan mempamerkan hatchback Solo Cargo yang diubah suai untuk menempatkan ruang kargo kecil 1.1 meter persegi. Produk itu dibangunkan berdasarkan maklum balas pelanggan prospek untuk kegunaan kiriman barang kepada keperluan flit majlis perbandaran.

Satu lagi model ditayangkan ialah Solo O2 yang pernah debut di Pameran Persatuan Pasaran Barangan Spesial (SEMA) 2021 sebagai EV konvertibel dengan rekabentuk generasi baharu.

BACA >>> Semua Orang Sudah Boleh Pandu Kereta Elektrik dengan GoEV Serendah RM24.90 Sejam

Solo
Solo 14

Model Solo dicipta untuk memperbaharui konsep pengangkutan personal bandar kerana hampir 80 peratus pengguna di AS memandu menggunakan kenderaan enjin pembakaran dalaman.

Situasi itu jelas tidak efektif dan menimbulkan kebimbangan terhadap kesan alam sekitar, sekali gus mendorong pengeluar itu menghasilkan EV kerusi tunggal, dipanggil Solo yang bertujuan menyelesaikan isu tersebut. Ini termasuk mengisi kekosongan antara skuter dan kenderaan konvensional.

FAKTA SOLO
  • Harga bermula serendah AS$18,500 (RM77,860)
  • Dijana bateri litium-ion 17.4kWh. Kuasa bateri disalurkan kepada unit motor elektrik tunggal berkuasa 56hp dan tork 140Nm.
  • Jarak pemanduan hingga 161km untuk sekali cas penuh.
  • Pecutan 0-100kmj bawah 12 saat
  • Kelajuan maksimum 129kmj

BACA >>> Kajian: Cas Lama Sangat, Pemilik Kereta Elektrik AS Guna Semula Petrol
BACA >>> Saga Elektrik Buka Tempahan, Harga Mula RM167k!
BACA >>> Proton Perdana Tun M: Sepatutnya Dipulangkan Selepas R&D Kereta Elektrik, Tapi...

Solo 7
Solo 5
Solo 6
Solo 4
Solo 2
Solo 1
Solo
Solo 3
Solo 9
Solo 8
Solo 19
Solo 20
Solo 17
Solo 14
Solo15
Solo 15

SUMBER: CarScoops | ElectraMeccanica

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: ElectraMeccanica, Kenderaan Elektrik (EV), Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2022, Pameran Persatuan Pasaran Barangan Spesial (SEMA)  2021, Solo Cargo, Solo ElectraMeccanica, Solo EV, Solo O2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev